Sunday, March 23, 2008

Sumbangan Gambar dah hubungi rakan

Rakan-rakan

Gambar yang ada di sini buat masa ini adalah gambar yang ada dalam stok saya. Banyak lagi di kampung dan juga dari rakan-rakan. Oleh itu saya berharap jika rakan-rakan boleh memberi sumbangan gambar untuk dimasukkan di dalam blog ini. So minta maafl kalau semua gambar ada muka saya. Bila dapat gambar dari rakan-rakan nanti saya masukkan. Sila emelkan kepada saya razalimalik@yahoo.com.

Selain itu sdr boleh memberikan maklumat rakan-rakan lain. Sila berikan no telefon mereka. Selain itu, jika ada, berikan alamat emel dan alamat tempat kerja/rumah. Kita sedang berusaha melengkapkan pangkalan data batch kita. Hanya kerjasama daripada rakan-rakan usaha ini dapat dijayakan.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT BERTEMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffaar Syah Melaka
(masa kita dulu 1976, form 1 - 1980 form 5 dikenali Sek. Men. Sains Melaka),

Blog ini didirikan adalah untuk mengeratkan kembali tali persahabatan kita yang sedia terjalin semenjak berada di Mozac dulu (sekarang sekolah kita lebih dikenali dengan panggilan Mozac). dari mula sekolah ditubuhkan pada tahun 1976 sehinggalah kita mengambil SPM tahun 1980.

Melalui laman ini, diharapkan kita dapat mengetahui perkembangan terbaru rakan-rakan setingkatan kita (saya pun dah lupa berapa orang - kena tengok majalah sekolah semula, kalau ada lagi le).

Al-fatihah untuk rakan-rakan kita yang telah kembali ke rahmatullah.

Sekian untuk masa ini

Razali Ab Malik
razalimalik@yahoo.com