Tuesday, April 15, 2008

DERMA RUMAH BEKAS PELAJAR


Rakan-rakan sekalian, untuk makluman pihak sekolah telah pun bermurah hati untuk memberikan bangunan yang terletak di hadapan seberang jalan rumah Pengetua SMSM (hampir-hampir pondok pengawal- lihat gambar) kepada Persatuan Bekas Pelajar. Sehubungan itu, pihak Persatuan bercadang menaik taraf bangunan ini, sekurang-kurangnya mendirikan dinding bagi bangunan ini, dan jika rezeki lebih bolehlah dipasang pendingin hawa. Sehubungan itu pihak persatuan memerlukan bantuan dan sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian untuk menaik taraf rumah persatuan ini. Sumbangan minimum RM 15.00 iaitu harga sekampit simen boleh disalurkan ke akaun persatuan Public Bank Berhad 3995143334 atas nama "Persatuan Bekas Pelajar SMSM".

Untuk maklumat lanjut, shabat boleh menghubungi Sdr Rafie Omar 019-2864 737.
(Gambar bangunan ihsan Sdr Rafie Omar)

Tuesday, April 1, 2008

SENARAI SAHABAT PADA 13 Mei 2008

Bro. & Sis,
Setakat hari ini senarai nama rakan kita yang telah dapat dihubungi telah pun mencapai 94 orang, berbanding 64 orang pada 8 April 2008 lalu. Terbaru ialah Mazlan Mohd Tani, Anita Sulaiman, Adlina Hashim, Noorhayati Hamzah, dan juga rakan kita yang sekarang berada di USA, Azhari Majid. Now, kita ada 2 wakil di peringkat antarabangsa, iaitu Basiron dan Azhari Majid. Mazlan Dewa, khabarnya berada di Rusia, tetapi masih belum mendapat emelnya.

Senarai nama yang ada pada saya ialah 125 orang (mungkin ada lagi yang saya tertinggal). Ini bermakna peratus mereka yang telah dapat dihubungi ialah 75.2% (94 orang). Mudah-mudahan sasaran kita untuk mendapat 100% nama dan nombor hubungan kawan-kawan bekas pelajar SMSM SPM 1980 akan tercapai. Ini memerlukan kerjasama daripada kita semua. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai nombor telefon, alamat atau emel mereka bolehlah emelkan kepada saya.

Salam

016 6834141 / 012-3043 686