Thursday, August 28, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Persatuan Bekas Pelajar Sek. Men Sains Muzaffar Shah Melaka akan mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM (anak yatim Pantai Puteri, anak yatim dan pelajar miskin Sek Muzaffar Shah Melaka, dan anak yatim bekas pelajar SMSM. Majlis ini akan diadakan pada 20 September 2008 bertempat di Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah Pantai Puteri, Tangga Batu,Melaka. Majlis bermula jam 6.00 ptg dimulai dengan majlis tahlil.

Marilah kita bersama-sama, bekas pelajar SMSM Batch SRP78/SPM80 menghadiri majlis ini pada hari dan masa seperti di atas.

Sekiranya sdr berhajat menyumbang wang kepada majlis tersebut terutama kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Persatuan Bekas Pelajar SMSM no 3995143334 (Public Bank). Selepas memasukkan sumbangan ke akaun tersebut, mohon kerjasama sdr sms nama dan jumlah sumbangan kepada Faris Umar hp: 012 3573300.

Untuk sumbangan berbentuk barangan bolehlah menghubungi terus Sdri Fuziah, Setiausaha persatuan (019-6965729) atau Sdri Azlina 019-6258106, atau sesiapa sahaja AJK Persatuan. Ataupun sdr boleh juga menghubungi saya melalui emel atau di talian 012-3043686/016-6834141 (Razali).

Sekiranya sdr. mempunyai maklumat mengenai anak-anak yatim warga xmozac, boleh juga dimaklumkan kepada saya untuk dipanjangkan kepada AJK Prersatuan.

Kehadiran warga-warga xmozac batch SPM80/SRP78 amat-amat dialu-alukan.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang tenang.

RAZALI AB. MALIK

Thursday, August 21, 2008

Puteri Jelitawan SMSM 1980-an

Kawan-kawan, bila ditatap gambar ni, cantik-cantik mereka ni rupa-rupanya, terutamanya yang ada bunga raya kat telinga tu..siapa dia ye..nak agak, nanti tersalah orang lak (sekarang pun masih cantik lagi!!!) Kenapalah dulu tak ngorat ye....ye le, dulu budak2 lagi mana tahu ngorat ngorat kan! He he, lebih-lebih lagi kawan setingkatan..