Wednesday, September 17, 2008

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Warga bekas pelajar MOZAC Batch SPM 80 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM kepada adik-adik/anak-anak tingkatan 5 MOZAC yang sedang berlangsung sehingga 26 September ini. Semoga tabah menjawab soalan dan mendapat keputusan cemerlang sebagai persediaan memantapkan diri menghadapi peperiksaan SPM sebenar pada bulan Oktober nanti.
Kepada seluruh guru MOZAC teruskan usaha tuan/puan mendidik anak bangsa menjadi warga yang cemerlang. Semoga usaha cikgu-cikgu sekalian diberkati Allah swt.

Monday, September 15, 2008

NIBY dan Musharaka di dalam NST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kawan-kawan, pagi ini baru sahaja aku "on"-kan komputer, aku menerima panggilan telefon daripada Rafie. "Kau dah baca ke NST hari ini? Ada gambar kawan kita NIBY kat dalam paper tu...." Aku memang belum baca lagi akhbar hari ini, selalunya baca news online sahaja. Kepada sahabat kita NIBY tahniah dengan usaha sdr, dan semoga mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya yang diceburi. Berikut sedutan tentang artikel tersebut yang boleh diperoleh di dalam akhbar NST 15 September 2008, ruangan Business Times ms 33. Nak tengok online pun ok di http://www.btimes.com.my/Monday/Latest/11ISLAMVC-2.xml. Dipaparkan juga foto NIBY yang handsome tu..

Musharaka weighs tech-based firms

MUSHARAKA, the first Islamic venture capital fund, expects to invest in four technology-based companies by July next year.
Fund manager Musharaka Venture Management Sdn Bhd is currently evaluating four out of 10 proposals.

Musharaka managing director Nor Idzam Yaakub said the fund is assessing proposals from among technology, orthopedic trauma treatment, radio frequency and software companies.

"We are trying to close two deals in the shortest possible time. We expect to close four deals by July next year," he said in an interview with Business Times in Kuala Lumpur.

Thursday, September 11, 2008

Mohon Bantuan untuk Adik Adrianna

Salam Sejahtera,
Sahabat-sahabat, Basiron Jalil meminta tolong daripada saya untuk menghebahkan emel yang diterimanya berhubung rayuan bantuan untuk Adrianna di dalam blog kita. Emel ini adalah berkaitan rayuan bantuan drp seorang anak perempuan bernama Adrianna Alysya bt Mohd Hanib, 6 tahun, berasal dari KL. (Mungkin kita semua tidak kenal Adrianna dan keluarganya.) Beliau mengidap penyakit kronik jantung berlubang sejak dilahirkan. Setiap bulan beliau mendapatkan rawatan di hospital. Sehingga kini tunggakan yang patut dibayar oleh keluarganya kepada IJN mencapai RM 25,000.00.

Allah lebih menyayangi Adrianna. Beliau kembali ke rahmatullah pada 1 Ramadan bersamaan 1 September 2008 yang lalu di HKL. Semoga rohnya ditempatkan di tempat yang mulia.
Walau bagaimanapun, ibunya menyatakan bantuan kewangan masih diperlukan untuk melangsaikan bil arwah yang masih tertunggak. Semasa hidupnya, dalam rayuannya di dalam emel berkenaan, Adrianna meminta sekiranya sesiapa yang ingin menderma bolehlah memasukkan ke dalam akaunnya atau jika bayaran secara cek, boleh menghubungi ibunya. Memandangkan Adrianna telah pergi meninggalkan kita, oleh itu sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah terus menghubungi ibunya di talian 012-6580456 / 013-6953030.

Semoga bantuan yang diberikan di dalam bulan Ramadan ini dapat meringankan bebanan keluarga arwah Adrianna.

Yang menyampaikan,
Razali

Thursday, September 4, 2008

Hishamuddin Ibrahim sekarang berkhidmat di Riyadh

Diam tak diam, sahabat kita Sdr Hishamuddin Ibrahim telah mula berkhidmat di Kedutaan Malaysia, di Riyadh Arab Saudi sebagai Minister of Counsellor semenjak 26 Jun 2008 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Hishamuddin. Beliau ada menyatakan tentang perkara ini semasa Reunion kita di sekolah dulu. Keterangan lanjut berkenaan beliau boleh diperoleh melalui laman web www.kln.gov.my/perwakilan/riyadh/profile. Kita mendoakan semoga Sdr Hishamuddin sentiasa berada dalam keadaan sejahtera bersama keluarga di sana, serta dapat melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menaikkan imej negara.

Sdr Hisham semasa mengahdiri majlis Reunion kita pada 3 Mei 2008 yang lalu