Tuesday, June 9, 2009

Memori 1981: Poskad dari Arwah Zainul

Bro and Sis,
Sekadar mengembalikan kenangan lama, di sini aku paparkan poskad yang diterima daripada Arwah Zainul Baharin Baharom yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Illinois University. Poskad ini diterima pada 21 September 1981. Poskad ini memang aku ingat daripada Arwah, lagipun di poskad itu ada tertulis "Imam". So memang sah daripada Arwah. Inilah antara dokumen yang masih aku simpan sebagai nostalgia bersama-sama rakan exMozac 1980. Sama-samalah kita sentiasa sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada rakan-rakan kita yang telah kembali ke rahmatullah.

Wednesday, June 3, 2009

Anuar Abdul Rahman

Alhamudillah, tadi saya telah pun dapat bercakap dgn Sdr Anuar melalui telefon. Ini bermakna bekas pelajar MOZAC batch kita dah dapat 108 org. Cuma tinggal 20 org sahaja lagi. Semoga kita dapat mencari lagi 20 orang sahabat kita ini..untuk menyambung kembali silaturrahim di antara kita.

Razali