




Sepertimana di uar-uarkan, beberapa bekas exMozac telah bersama-sama di Restoran Mahboob Bangsar sehingga jam 1.15 pagi. 6 orang bekas pelajar yang hadir....4 orang daripada batch kita, saya (Razali), Haji Rafie, Prof Dr Ahmad Salihin Hj Baba dan Azaharuddin Kassim. Dua orang lagi junior kita iaitu Hasni (SPM 81) dan Sdr Johari (Batch 87).
Salah satu perkara yang disembangkan ialah tentang projek Koperasi Bekas Pelajar MOZAC. Pada masa ini PM Dr Ahmad Salihin mengusahakan sendiri perusahaan sabun susu kambing (handmade face and body goatmilk soap) yang diberikan jenama SUSUS. Setakat ini sambutan memang menggalakkan dan ada individu yang telah menempah dalam bilangan yang banyak untuk dipromosikan. Oleh itu ada baiknya kita ambil peluang ini untuk menjadikan produk Dr Ahmad Salihin sebagai salah satu projek koperasi. Ini juga dapat membantu Dr Ahmad Salihin mengeluarkan produknya dalam bilangan yang mencukupi untuk pasaran.
Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menjadi hali koperasi, bolehlah dapatkan borang daripada saya.
Saya, Haji Rafie dan Azaharuddin pun bercadang ke rumah Dr Ahmad Salihin untuk mengetahui lebih lanjut produk ini, tentunya bersama isteri masing-masing. Saya dan isteri, serta Haji Rafie dan isteri memang telah ke rumah Dr Ahmad Salihin .....dan memang pelanggan produk tersebut. Kawan-kawan yang lain pun boleh datang bersama....bila dah confirm tarikh, saya akan maklumkan kepada semua. Kepada kawan-kawan yang ingin mendapatkan produk ini pada masa sekarang, bolehlah menghubungi Dr Ahmad Salihin atau pun emel. (Boleh rujuk nombor telefon yang telah saya edarkan sebelum ini.)
Selain itu, dalam sembang-sembang semalam juga, kita telah berjaya memungut sejmulah duit untuk didermakan kepada anak-anak yatim dalam program Berbuka Puasa di rumah anak yatim d Melaka nanti. Tentang sumbangan ini juga, kalau sesiapa yang berhajat, bolehlah menghulurkan sumbangan kepada persatuan. Setiap tahun Persatuan memang menghulurkan sumbangan wang ringgit kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa persatuan di rumah anak yatim, selalunya di Melaka. Selain sumbangan kepada anak yatim di rumah anak yatim tersebut, kita juga memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim bekas pelajar.
Sekian
Razali Malik



K
awan-kawan, selalunya hari Jumaat malam (bukan malam Jumaat) diadakan perjumpaan atau sembang-sembang di kalangan bekas pelajar Mozac. Pertemuan ini memang tidak kira Batch, sesiapa saja boleh datang, sembang-sembang dan bertukar pandangan. Pada masa ini jugalah kita dapat berkenalan dengan junior yang memang kita tak pernah jumpa semasa di sekolah. Sebagai contoh, dalam pertemuan di Bandar Baru Bangi bulan lepas, saya berjumpa adik Lokman Ghani, yang juga bekas pelajar Mozac. Pada malam semalam pula, salah seorangyang hadir ialah anak buah Rosmonai Dolah yang juga bekas pelajar Mozac iaitu Sdr Rizal...dia ni memang dikira ahli tetap pertemuan. Lokasinya berbeza dan pertemuannya bukanlah setiap minggu. Sebagai contoh, dua minggu lepas diadakan pertemuan di Ampang, dan antara yang hadir ialah Datuk Dr Maamur Osman, yang kini aktif dengan Persatuan Pengguna Islam. Setakat ini tempat yang selalu diadakan pertemuan ialah di Ampang dan Bandar Baru Bangi. Ada rancangan nak diadakan di kawasan Petaling Jaya atau Damansara pada masa akan datang.
Malam semalam diadakan pertemuan di BB Bangi. Saya sms kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran BB Bangi. Alhamdulillah, pertemuan malam tadi, Batch kita yang paling ramai hadir, Rafie, Zainurin, Keegan, Khairudin Zainal dan saya - 5 orang kira paling ramai le drp 11 yg hadir malam tadi. Zazilah ada urusan dan Roslan Osman pula, isterinya baru bersalin. Memang berharap Roslan dapat hadir sebab sejak lepas sekolah tidak pernah jumpa dia, dan nak ambil gambarnya untuk dimasukkan di dalam blog ini. Rafie dan saya bolehlah dikira ahli tetap. Walapun sembang-sembang ada juga beberapa perkara yang dibincangkan - kadangkala tentang kerja kita dan juga bertukar pandangan. Di sini juga kita dapat membina jaringan (network).
Dalam pertemuan akan datang, mungkin saya boleh uar-uarkan melalui emel. Jadi sesiapa yang kelapangan bolehlah datang, tak kira kat mana pun berada. Dipaparkan beberapa keping gambar pertemuan malam tadi.Razali

Rumah Sdr Johari Hassan di Jasin Melaka telah hangus dijilat api pagi semalam (2 Julai 2009). Beliau dan keluarga kini tinggal sehelai sepinggang. (berita ada di dalam Berita Metro semalam).
Warga ExMozac mengucapkan takziah kepada Sdr Johari atas ujian yang dhadapinya.
Semoga Sdr Johari dan keluarga tabah.
Sumbangan derma kpd Sdr Johari sedang diusahakan. Sdr yang berada di Melaka atau ke Melaka boleh terus berjumpa dgn beliau (016-6363352).