Alhamdulillah, majlis Hi-Tea ExMOZAC bersama bekas guru MOZAC telah berjaya diadakan di Restoran Tom Yam Klasik, Sg Putat, Melaka pada 15 Mei 2010, hari Sabtu yang lalu. Walau pun kehadiran keseluruhannya dalam 50 orang, namun majlis ini berlangsung dengan meriah dan penuh nostalgia. Banyak cerita lama bersama guru dapat dikongsi bersama di samping membina networking bersama untuk keperluan masa kini.
Saya bagi pihak Persatuan ExMOZAC dan Batch SPM 80 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ckigu-cikgu yang dapat hadir. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang hadir. Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan rakan yang tidak dapat hadir tetapi telah memberikan sokongan dan sumbangan untuk menjayakan majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada guru-guru sumbangan Hj Azaharuddin Kassim dan sesi bergambar beramai-ramai.
Sekian...RAZALI
Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka) Batch SRP 1978/SPM 1980
Monday, May 17, 2010
Sunday, May 9, 2010
Semuga kedua-dua mentua Basiron Jalil segera sembuh
Rakan-rakan sekalian,
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mentua Basiron Jalil telah dimasukkan ke hospital JB pada Jumaat lepas (7 Mei 2010). Saya difahamkan kedua-dua jatuh di bilik air, akibat stroke. Sama-samalah kita mendoakan kedua-duanya segera sembuh dan berada dalam keadaan sihat hendaknya.
Sekian untuk makluman
ZaLi

Tahniah MOZAC-Juara Bolasepak MSSMelaka
Tahniah kepada pasukan bola sepak MOZAC yang menjadi juara bola sepak MSS Melaka. Tahniah kepada guru yang terlibat, jurulatih dan juga pemain bola sepak MOZAC. MOZAC mengalahkan Sek Men. Kebangsaan Rahmat, Masjid Tanah melalui tendangan penalti 5-4.
Teringat pula masa di MOZAC dulu. Tahun 1978 masuk perlawanan akhir MSS Melaka bawah 15 tahun main di Stadium Kubu. Kalah dgn SFI (now SMK St Francis) 0 - 1. Apa pun bangga juga sebab tahun 1978 merupakan tahun pertama MOZAC masuk akhir perlawanan bola sepak MSS Melaka.
Razali

Tuesday, May 4, 2010
Selamat Bertemu Kembali: Latif dan Noraziah
Kawan-kawan exMOZAC Batch SPM 80, dalam sebulan ini kita telah bertemu kembali dua orang rakan kita iaitu Adb Latif Ahmad dan Noraziah Abd Wahid. Latif sekarang menetap di KL manakala Noraziah menetap di Melaka. Oleh itu, kita ada 16 orang sahabat lagi untuk dijejak-kasihkan. Harap-harap kita dapat bertemu lagi 16 org ini lagi dalam masa terdekat.
Saturday, May 1, 2010
Cerita ttg angkut air dari bawah bukit MOZAC
MOZAC terpilih sbg sekolah terbaik di Melaka. Dlm cerita ttg sekolah terbaik ini, ada juga cerita ttg pengalaman angkut air dari bawah bukit. Tentu ramai yg terkenang hal ini, terutama mereka yg awal awal belajar di situ di era 70-an dan 80-an. Untuk cerita lanjut, Sila lawati laman web ini:
http://melakadaily.com/sekolah-menengah-terbaik-di-melaka-mozac
http://melakadaily.com/sekolah-menengah-terbaik-di-melaka-mozac