Friday, July 30, 2010

Semoga Isteri Sulaiman Hassan Segera Sembuh

Pada 30 Julai 2010, isteri Sulaiman Hassan telah menjalani pembedahan di Hospital Pantai Melaka. Pembedahan untuk mengeluarkan tumor yang dijalankan pada sebelah pagi mengambil masa selama 3 jam.

Bersama-samalah kita mendoakan agar isteri Sulaiman segera sembuh.

Thursday, July 29, 2010

Berita daripada Persatuan exMOZAC- Program Iftar

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Seperti tahun-tahun sudah, pada Ramadhan kali ini juga kita akan mengadakan Iftar bersama anak-anak yatim/miskin.

Program adalah seperti butiran berikut :-

Tarikh : 28 Ogos 2010 (sabtu)
Tempat : Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah
Pantai Puteri.
Agenda :

6.45pm ~ Berkumpul
7.18pm ~ Berbuka Puasa (ringan)
~ Magrib (berjemaah)
~ Penyampaian sumbangan
~ Jamuan Berbuka Puasa
~ Tarawikh (kpd yang berkesempatan)
~ Moreh
~ Bersurai

Sumbangan terkumpul akan diagihkan kepada :-

1) Anak-anak yatim yang ibu atau/dan bapa terdiri dari warga exmozac (penerima utama)
2) Anak-anak yatim / miskin Mozac
3) Penghuni rumah anak yatim
4) Pengurusan anak yatim

Besar harapan kami agar dermawan exmozac dapat menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut. Perlu dimaklumkan disini, sumbangan akan disalurkan terus kepada agihan seperti yang disebutkan. Jamuan Iftar tidak akan kami ambil dari wang sumbangan kecuali dgn izin penyumbang. so jangan risau, segala jariah akan sampai...InsyaAllah

Kami juga mengalu-alukan kehadiran exmozac seisi keluarga ke majlis tersebut. Sila maklumkan pengesahan kehadiran (beserta jumlah ahli keluarga) selewat-lewatnya 1 minggu sebelum majlis.

Sumbangan perlu dikreditkan ke akaun Public Bank 3995143334 (PBP SMSMSM). Sila maklumkan kepada Sdra Faris Umar (012-3143300) atau mana-mana ajk apabila selesai melalukan transaksi.

Sebarang butiran lanjut, bolehlah berhubung dgn YDP, Ali Kasmin (017-6341771) , Timb. YDP, Halem Berahim (012-6311349) , myself (012-6258106 or azlina.ramli@ my.panasonic. com) atau mana-mana ajk.

Moga-moga sumbangan kita yang tidak seberapa ini akan member sesuatu yang besar bagi yang lain .. mahupun diri kita sendiri…wallahualam….