Wednesday, February 16, 2011

Ibu Rozilah Salleh kembali ke rahmatullah pada 16 Februari 2011


Warga EXMOZAC SPM 80 mengucapkan takziah kepada sahabat kita Rozilah Salleh kerana pemergian ibunya ke rahmatullah pada 16 Februari 2011. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah

Friday, February 11, 2011

Ambil kesempatan eratkan silaturrahim di kalangan keluarga ExMOZAC sempena cuti panjang Tahun Baru China




Sempena cuti panjang Tahun Baru China 2011, dari 3 hingga 6 Februari, kesempatan diambil bertemu rakan-rakan ExMOZAC bersama keluarga dalam acara makan:
1. 3 Februari 2011 - Makan malam di Medan Ikan Bakar Umbai, Keluarga Razali, Rafie, Azahari Hussain di kedai keluarga Azlina Ramli (SPM 86)
2. 4 Februari 2011 - Sarapan di Ampang bersama Dahlan Daud yg dtg dari Singapura.Rakan-rakan yg ada selain Dahlan, Mohd Suboh, Abd Razak Dolah, Rosli Abdullah, Rafie dan Razali
3. 5 Februari 2011 - Makan tengah hari di restoran Al Rawsha Jln Kg Pandan - 3 keluarga, Dahlan, Rafie dan Razali

Wednesday, February 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CHINA

Selamat Tahun Baru Cina kpd rakan-rakan bekas pelajar, bekas guru MOZAC, guru MOZAC dan pelajar MOZAC yang menyambutnya.

Mengunjungi keluarga Arwah Ustaz Hamdan pada 2 Februari 2011


Rakan-rakan sekalian. Alhamduillah, pada jam lebih kurang jam 12 tgh kami bertiga, saya, Shukor Hasan dan Ad Rahim Ahmad selamat tiba di rumah Arwah Ustaz Hamdan di Taman Resah Jaya, Tampin NS. Dalam kunjungan ini, kami telah menyampaikan sumbangan yg dpt dikumpulkan di kalangan kita dalam masa yg singkat berjumlah RM 1,350.00 kpd isteri Arwah. Isteri Arwah mengucapkan terima kasih kpd kita semua, di samping sumbangan tersebut, juga kerana masih mengingati Arwah dan juga keluarga Arwah walaupun telah lama meninggalkan sekolah.

Untuk makluman, anak Arwah Ustaz Hamdan 4 org semuanya. Yg sulung dah bekerja, dua org belajar di IPT (UKM dan kolej) seorang lagi belajar di IPG Melewar (Maktab Perguruan Melewar). Yg di UKM sekarang sedang buat master dalam bidang kimia.

Sama sama kita mendoakan semoga roh Allahyarham Ustaz Hamdan ditempatkan di kalangan org beriman dan anak2 Arwah berjaya dlm pelajaran. Amin