Warga exMOZAC SPM80 khasnya dan warga seluruh exMOZAC amnya mengucapkan takziah kepada Haslinda Othman atas pemergiaan ayahandanya ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat 25 Mac 2011 jam 2.50 pagi.
AlFatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka) Batch SRP 1978/SPM 1980
Friday, March 25, 2011
Thursday, March 24, 2011
Takziah untuk keluarga Norhayati Hamzah exMOZAC SPM80
Warga exMOZAC 80 khasnya dan exMOZAC amnya mengucapkan takziah kepada Norhayati Hamzah dan keluarganya atas pemergiaan ayahandanya ke rahmatullah pada 20 Mac 2011 jam 12.20 pagi akibat serangan jantung di Kuala Kubu Baharu, Selangor. Allahyarham merupakan bekas askar komando Kem Sungai Udang.
Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
Wednesday, March 23, 2011
MENGEMASKINI URUSAN MAJLIS MOZAC 35 TAHUN

Pada 23 Mac 2011, sedang ibu bapa dan anak-anak kita sibuk mengambil keputusan SPM, saya dan Rafie pula mengemaskini urusan majlis hi-tea MOZAC 35 TAHUN di pejabat Rafie. Antara urusan yang dibuat ialah menghubungi bekas guru untuk mendapatkan jawapan pengesahan kehadiran dan bekas pelajar juga. Alhamdulillah beberapa guru telah memberikan respons. Setakat ini InsyaAllah 18 orang bekas guru MOZAC akan hadir.
Tahniah kepada MOZAC atas keputusan cemerlang SPM 2010. Kami menerima maklumat tidak rasmi seramai 38 pelajar MOZAC dapat straight As, iaitu lebih baik daripada tahun SPM 2009. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang mendidik.