Wednesday, October 29, 2008

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI

Warga MOZAC Batch SRP78/SPM80 mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada rakan-rakan kita yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini. Sepanjang pengetahuan saya, mereka yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini ialah


Abdul Aziz Mohd Noor - telah berangkat, juga tugas rasmi, pasukan perubatan


Abdul Rahim Ahmad - penerbangan pada 3 November 2008


Shuraiya Hj Abdullah - penerbangan pada 20 November 2008


Hanim Kamari - penerbangan KT 86 pada 27 November 2008


Rafie Omar - penerbangan KT 93 pada 30 November 2008 jam 7.30 am





Kita mendoakan rakan-rakan kita dan pasangan/keluarga masing-masing mendapat haji mabrur, dan selamat pergi dan kembali ke tanah air dalam keadaan yang sihat dan selamat.
AMIN.
(Jika ada rakan-rakan tahu sesiapa lagi rakan kita yang pergi menunaikan fardu haji tahun ini, harap dapat maklum kepada saya - RAZALI)

Saturday, October 25, 2008

Jamuan Hari Raya di Kolej Ke-4 UM

Alhamdulillah, jamuan yang kita rancang telah dapat diadakan pada hari ini (25 Oktober 2008). Terima kasih kepada Dr Ahmad Salihin, isteri dan keluarga yang menjadi tuan rumah kepada pertemuan kita ini. Seramai 21 bekas pelajar SMSM batch kita telah dapat menghadirkan diri. Jamuan bermula jam sekitar 11.00 pagi. Hanim orang yang paling awal hadir bersama dengan dua orang anaknya, sebelum jam 11.00 lagi. Majlis kita ini sebenarnya dalam jam 4.30 ptg baru semuanya bersurai, walaupun dalam jadual asal disebut hingga pukul 2 sahaja. Ramai yang datang bawa keluarga bersama. Dalam ramai-ramai anak kat situ, anak sulong Kader dah 22 tahun....ada anak sesiapa yang lebih dari usia ini? Azahari Hussein? Johari Hassan? Mat Tompang? (Joseph tak yah kira le, bini dia yang 22 thn..he he, jgn marah Joseph!)
Makanan, Alhamdulillah, cukup semuanya, malah kita juga dapat menjamu pelajar di kolej keempat. Kiranya semua yang datang tu, kenyanglah. Tapi yang penting ialah dapat borak-borak terutama yang dah lama tak jumpa. Walau pun tak seramai semasa reunion dulu, tetapi tetap meriah.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah dapat meluangkan masa hadir dalam pertemuan ini. Kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan, InsyaAllah kita bertemu pada waktu yang lain nanti.
Sekali lagi terima kasih kepada Dr Ahmad Salihin, isteri dan keluarga yang telah bertungkus lumus menyediakan peralatan, tempat dan juga makanan.

Disertakan beberapa keping gambar. Gambar-gambar lain saya masukkan di dalam bentuk slaid.






Wednesday, October 22, 2008

Kisah SMS Muzaffar Syah di dalam Berita Harian 22 Oktober 2008

Berita tentang kecemerlangan SMS Muzaffar Syah Melaka telah diwar-warkan di dalam Berita Harian hari ini. Tahniah kepada Pengetua, guru dan seluruh pelajar yang menjadikan SMS Muzaffar Syah terus kekal dan bertambah cemerlang. Kami sebagai bekas pelajar MOZAC turut berasa bangga atas kejayaan dan kecemerlangan MOZAC.
Berikut petikan berita berkenaan yang dipetik daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Pendidikan/20081022081632/Article/index_html

Sekolah Terbilang: SBP cemerlang
Oleh Saadiah Ismail
upen@bharian.com.my

SMS Muzaffar Syah, Melaka catat pencapaian terbaik semua bidang


Salah satu gambar yang dimuatkan bersama-sama berita ini - PASUKAN orkestra MOZAC menyertai pertandingan Wind Orchestra.

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah, Melaka adalah antara sekolah menengah berasrama penuh (SBP) terbaik di Malaysia ketika ini. Kecemerlangannya bukan saja dalam bidang akademik, malah mencakupi kokurikulum sehingga menjadi model kepada sekolah lain....

....Pengetuanya, Baharuddin Burhan, berkata anugerah berkenaan diperoleh selepas sekolahnya menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan sehingga mencatatkan pencapaian terbaik dalam semua bidang, khususnya akademik....


Untuk dapatkan berita penuh, sila rujuk Berita Harian 22 Oktober 2008 atau laman web seperti dinyatakan di atas.

Thursday, October 16, 2008

Selamat Bertemu Abd Rahim, Roslan dan Mohd Fadzliah

Friends,

Great, semalam aku dapat 3 nombor telefon kawan kita. Hanim dpt Mohd Fadzillah Saleh, Syukur dpt Mat Rahim, dan Ghani Chemat confirmkan no tel Roslan Othman yang dpt daripada adiknya.

Abdul Rahim Ahmad now kat Jabatan Penuntut Luar Negara, KPT di Putrajaya
Roslan Othman di MINDEF.
Mohd FADZILAH Saleh kat UUM.

No tel or email mereka ada kat senarai pelajar yang ditemui kat bawah

Regards

Monday, October 13, 2008

Selamat Menduduki PMR 2008

Selamat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2008 kepada anak-anak warga bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka batch SRP78/SPM 80 dan juga kepada seluruh pelajar tingkatan 3 Sek Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka yang mengambil peperiksaan ini mulai 13 Oktober 2008. Didoakan tabah menghadapi peperiksaan, dipermudahkan untuk ulang kaji dan menjawab soalan, dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Friday, October 10, 2008

Welcome Back Azmi Hasim

Kita mengucapkan selamat datang atau selamat kembali ke pangkuan xmozac7680 kpd Azmi Hasim. Azmi org ke 103 "ditemui". tinggal 25 org lagi yang masih belum ditemui. Kalau ikut peratus dan 80.5% Target kita 100%.

Terima kasih atas usaha Azaharuddin Kassim yang ddapat menemukan kita dgn Azmi, dgn izin Allah. Sesiapa yang nak ke Melaka or orang Melaka nak ke KL, kalau singgah JJ Seremban tu, bolehlah call Azmi. Dia tinggal di Seremban2.

Razali 10 okt 08

Sunday, October 5, 2008

Welcome Back Saharuddin

Pada Hari Raya kedua kita dapat menambah seorang lagi rakan yang dapat ditemui, rakan yang ke-102. Terima kasih kepada Sdr Mazlan Md Thani yang telah dapat bertemu Sdr Saharuddin yang duduk sekampung di Merlimau.

Kepada Saharuddin, warga x-mozac7680 [form 1(1976) - form 5 (1980)] mengalu-alukan kehadiran sdr. Terima kasih kepada sdr yang telah memberikan respons awal di dalam Ruang Chat blog ini.

Kepada rakan-rakan, di sini saya paparkan gambar keluarga Saharuddin berbentuk kad hari raya yang telah dikirimkan melalui e-mail