Wednesday, October 22, 2008

Kisah SMS Muzaffar Syah di dalam Berita Harian 22 Oktober 2008

Berita tentang kecemerlangan SMS Muzaffar Syah Melaka telah diwar-warkan di dalam Berita Harian hari ini. Tahniah kepada Pengetua, guru dan seluruh pelajar yang menjadikan SMS Muzaffar Syah terus kekal dan bertambah cemerlang. Kami sebagai bekas pelajar MOZAC turut berasa bangga atas kejayaan dan kecemerlangan MOZAC.
Berikut petikan berita berkenaan yang dipetik daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Pendidikan/20081022081632/Article/index_html

Sekolah Terbilang: SBP cemerlang
Oleh Saadiah Ismail
upen@bharian.com.my

SMS Muzaffar Syah, Melaka catat pencapaian terbaik semua bidang


Salah satu gambar yang dimuatkan bersama-sama berita ini - PASUKAN orkestra MOZAC menyertai pertandingan Wind Orchestra.

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah, Melaka adalah antara sekolah menengah berasrama penuh (SBP) terbaik di Malaysia ketika ini. Kecemerlangannya bukan saja dalam bidang akademik, malah mencakupi kokurikulum sehingga menjadi model kepada sekolah lain....

....Pengetuanya, Baharuddin Burhan, berkata anugerah berkenaan diperoleh selepas sekolahnya menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan sehingga mencatatkan pencapaian terbaik dalam semua bidang, khususnya akademik....


Untuk dapatkan berita penuh, sila rujuk Berita Harian 22 Oktober 2008 atau laman web seperti dinyatakan di atas.

No comments:

Post a Comment