Sepertimana yang telah diuar-uarkan sebelum ini, AGM dan Mesyuarat Koperasi ex-Mozac akan diadakan pada 8 Mac 2009 (Ahad) jam 10.00 pagi di Mozac, Ayer Keroh. Kepada golfers bolehlah bawa club, sebab lepas meeting (Zuhur) akan diadakan permainan golf di Orna. Yang tidak main golf tu, bolehlah rancang program sendiri kot.
Setakat ini tidak tahulah berapa ramai batch kita yang akan hadir dalam meeting ini. Kepada 27 orang rakan yang mana saya tidak mempunyai alamat emel mereka, saya telah pun sms kepada mereka.
Kepada rakan-rakan yang ingin memberi respons sama ada dapat hadir atau tidak, bolehlah memberi respons kepada saya.
Sekian, terima kasih.
Razali
Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka) Batch SRP 1978/SPM 1980
Monday, February 23, 2009
Sunday, February 8, 2009
Mesyuarat Tingkap* pada 6 Februari 2009
Salam sejahtera,
Kawan-kawan, pada 6 Februari 2009 malam, beberapa rakan ex-Mozac telah pun sembang-sembang di salah sebuah restoran di BB Bangi (*saya guna istilah "Mesyuarat Tingkap" dengan famili bila nak keluar jumpa kawan sembang-sembang, dan selalunya bila Mesyuarat Tingkap, famili tahulah balik tentu paling awal jam 12.30 pagi. Idea drp cerita Tan Sri Dr. P. Ramlee, Do Re Mi..ahli Mesyuarat Tingkap) Dalam 12 orang hadir, batch kita 4 orang hidir, saya, Rafie, Khairudin Zainal Abidin dan Mohd Zazilah (tak kenal...Tarzan le). Ex Mozac yang lain tu majoritinya Batch 1982(tingkatan 1), kalau tidak silap saya.

Perkara utama yang disembangkan ialah tentang penubuhan Koperasi ExMozac. Setakat ini dua projek yang akan dibuat oleh Koperasi ini nanti ialah Konsultan Motivasi serta meghasilkan dan menjual sabut kesihatan daripada susu kambing. Projek-projek lain rakan-rakan pun boleh cadangkan. InsyaAllah sekiranya semua memberi sokongan dan dukungan, program ini boleh berjaya.
Marilah sama-sama kita hadir dalam AGM Bekas Pelajar dan juga Mesyuarat Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar MOZAC pada 8 Mac 2009 di sekolah kita. Di samping itu dapat juga mengeratkan persahabatan kita.
Sekian, terima kasih

Tuesday, February 3, 2009
Mesyuarat AGM ke-18 dan Penubuhan Koperasi exMozac
Mesyuarat Persatuan Bekas Pelajar Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka kali ke-18 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 8 Mac 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka, Ayer Keroh
Mengambil kesempatan mesyuarat ini, Mesyuarat Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar MOZAC juga akan diadakan.
Semua bekas pelajar MOZAC dijemput hadir. Marilah bersama-sama kita di kalangan Batch SRP78/SPM80 turut hadir untuk memberikan sokongan. Di samping itu, dapat juga berjumpa kembali selepas setahun tidak berjumpa semenjak Mei 2008 yang lalu.
(Untuk makluman, 9 Mac 2009 merupakan cuti umum MaulidurRasul. Bagi mereka yang jauh bolehlah merancang untuk bercuti di Melaka. Jika hendak menginap di hotel, budget hotel ke, boleh hubungi Sdr Baharuddin Hassan. Dia ada contact beberapa hotel seperti di hadapan High School dan berhampiran Eyes of Malaysia, Melaka).
Sekian

Monday, February 2, 2009
Masih mencari 22 sahabat batch kita, harap bukan kerana "disembunyikan"
Rakan-rakan,
Setakat ini belum ada perkembangan terbaru tentang 22 rakan batch kita yang belum ditemui. Harap-harap mereka ini tidak "DISEMBUNYIKAN". Risau jugalah, sejak setahun dua ni, ramai pulak yang didakwa disembunyikan.
Sesiapa yang ada maklumat tentang rakan-rakan batch kita ni bolehlah beritahu saya. Senarai 22 mereka ada di dalam blog kita.