Sepertimana yang telah diuar-uarkan sebelum ini, AGM dan Mesyuarat Koperasi ex-Mozac akan diadakan pada 8 Mac 2009 (Ahad) jam 10.00 pagi di Mozac, Ayer Keroh. Kepada golfers bolehlah bawa club, sebab lepas meeting (Zuhur) akan diadakan permainan golf di Orna. Yang tidak main golf tu, bolehlah rancang program sendiri kot.
Setakat ini tidak tahulah berapa ramai batch kita yang akan hadir dalam meeting ini. Kepada 27 orang rakan yang mana saya tidak mempunyai alamat emel mereka, saya telah pun sms kepada mereka.
Kepada rakan-rakan yang ingin memberi respons sama ada dapat hadir atau tidak, bolehlah memberi respons kepada saya.
Sekian, terima kasih.
Razali
No comments:
Post a Comment