Kawan-kawan, pada 6 Februari 2009 malam, beberapa rakan ex-Mozac telah pun sembang-sembang di salah sebuah restoran di BB Bangi (*saya guna istilah "Mesyuarat Tingkap" dengan famili bila nak keluar jumpa kawan sembang-sembang, dan selalunya bila Mesyuarat Tingkap, famili tahulah balik tentu paling awal jam 12.30 pagi. Idea drp cerita Tan Sri Dr. P. Ramlee, Do Re Mi..ahli Mesyuarat Tingkap) Dalam 12 orang hadir, batch kita 4 orang hidir, saya, Rafie, Khairudin Zainal Abidin dan Mohd Zazilah (tak kenal...Tarzan le). Ex Mozac yang lain tu majoritinya Batch 1982(tingkatan 1), kalau tidak silap saya.
Perkara utama yang disembangkan ialah tentang penubuhan Koperasi ExMozac. Setakat ini dua projek yang akan dibuat oleh Koperasi ini nanti ialah Konsultan Motivasi serta meghasilkan dan menjual sabut kesihatan daripada susu kambing. Projek-projek lain rakan-rakan pun boleh cadangkan. InsyaAllah sekiranya semua memberi sokongan dan dukungan, program ini boleh berjaya.
Marilah sama-sama kita hadir dalam AGM Bekas Pelajar dan juga Mesyuarat Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar MOZAC pada 8 Mac 2009 di sekolah kita. Di samping itu dapat juga mengeratkan persahabatan kita.
Sekian, terima kasih
3 comments:
Alhamdulillah, masih ada lagi perjumpaan seperti mesyuarat tingkap diadakan dari masa kesemasa. InsyaAllah marilah kita yang berkelapangan ke AGM pada 8/3/09. InsyaAllah saya akan cuba menghadirkan diri......Terserempak Azahahi Husin di Sekolah Alam Shah Putrajaya semasa Tahlil dan Doa selamat ....rupanya anak dia ada kat situ....syukur . Mula ingatkan YB mana lee..Hah Azhari bila nak tanding?
Alhamdulillah, masih ada lagi perjumpaan seperti mesyuarat tingkap diadakan dari masa kesemasa. InsyaAllah marilah kita yang berkelapangan ke AGM pada 8/3/09. InsyaAllah saya akan cuba menghadirkan diri....Jumpa disana..Terserepak Azahahi Husin di Sekolah Alam Shah Putrajaya ..rupanya anak dia ada kat situ..mula ingatkan YB mana lee..Hah Azhari bila nak tanding?..
bukan jual sabut lah Zali, jual sabun n n n
Post a Comment