Monday, March 9, 2009

AGM dan Mesyuarat Penubuhan Koperasi pd 8 Mac 09


Mesyuarat Agung ke-18 dan Mesyuarat Penubuhan koperasi Bekas Pelajar Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka telah berjaya diadakan pada 8 Mac 2009.

Sasaran ahli mesyuarat minimum 50 orang telah tercapai. Seramai 53 ahli hadir. Kalangan Batch kita yang hadir ialah Abdul Razak Yassin, Azahari Hussein, Abd Shukor Hasan, Azman Raoh, Azizi Hashim, PM Dr Ahmad Salihin Hj Baba, Suhaila Ibrahim, Rafie Omar, Zulkifle Jamaludin (Keegan) dan Razali Ab Malik - 10 org semuanya (Kiranya, drp 53 org, 18.9% ahli yang hadir ialah di kalangan batch kita).

Seramai 15 ahli lembaga Koperasi telah dipilih oleh ahli mesyuarat di dalam mesyuarat ini. Empat orang ahli lembaga ialah di kalangan Batch kita iaitu Abd Shukor Hasan, Azahari Hussein, Rafie Omar dan Razali Ab Malik.

Keahlian koperasi masih dialu-alukan. Yuran pendaftaran RM 50.00. Ahli koperasi mestilah ahli bekas pelajar. Jadi, sesiapa yang belum menjadi ahli, bolehlah menjadi ahli persatuan bekas pelajar terlebih dahulu. Borang keahlian akan saya sertakan nanti, melalui emel.

3 comments:

  1. InsyaAllah, Koperasi ExMozac dijangka akan dapat membantu menjana ekonomi semua ahli-ahlinya. Selain dari RM50** yuran pendaftaran, RM500** perlu dibayar sebagai syer dalam Koperasi, barulah boleh mengundi dan dapat dividen insyaAllah. Yuran keahlian Persatuan RM15** kena didahulukan, jikalau belum lagi jadi ahli Persatuan . . .blogging free lah

    ReplyDelete
  2. Zali kata ada cara-cara nak jadi ahli koperasi dan pembayaran kemasukan. Tak nampak pun beb. Katanya kena bayar sebelum bulan 2, ni dah nak masuk bulan 3 dah.Kira dah void ke share option koperasi tu?

    ReplyDelete
  3. Man, aku suruh kau tgk blog koperasi di koopexmozac.blogspot.com. Bukan blog ni. Kat sini memanglah tak de. Apa pun kat RUANG TAUTAN ini ada aku letakkan tautan blog koperasi exMOZAC. Click aje kat situ.

    ReplyDelete