
Program EARTH HOUR 2009 ialah program memadamkan lampu elektrik selama satu jam bermula dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 28 Mac 2009 untuk menghantar mesej bahawa kita prihatin dengan usaha-usaha mengatasi masalah perubahan iklim global. Program ini mensasarkan mencapai bilangan lebih satu bilion penduduk dunia daripada 1000 bandar raya di seluruh pelosok dunia di kalangan setiap lapisan masyarakat untuk menjayakan program ini.
WWF Malaysia turut menjayakan program ini. Untuk menyatakan sokongan dan menyertai program ini sila lawat laman web WWF Malaysia di http://www.wwf.org.my
Bersama-samalah kita menjayakan segala usaha untuk menstabilkan kandungan gas rumah kaca di atmosfera bumi yang kita duduki ini.
(Sumber pengumuman dan video di atas www.wwf.org.my)
No comments:
Post a Comment