Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka) Batch SRP 1978/SPM 1980
Saturday, May 30, 2009
Mazlan Dewa dan Azhari Majid
Ini gambar Mazlan Dewa dan Azhari Majid (dan famili) yang aku terima drp mereka semalam. Mazlan Dewa now kerja offshore. Kita pun tahu kan, melalui emel yang kita terima. Azhari pula sekarang further study kat US, InsyaAllah dia balik bulan Ogos nanti. Azhari mengajar di POLISAS Kuantan, bersama Yati Hamzah.

Family Trip to JB/Singapura
Bro and Sis exMozac Batch SPM 80,
Sepertimana yang telah diwar-warkan melalui emel sebelum ini, InsyaAllah kita akan membuat family trip dan pertemuan Hari Raya tahun ini di Johor Bahru. Kawan-kawan kita di JB dan Singapura telah pun menyatakan persetujuan dan mengalu-alukan kedatangan kita. Tarikh yang dicadangkan ialan 16 hingga 18 Oktober 2009. jadi, bolehlah masukkan dalam diari awal-awal lagi.
Secara tentatif, perjalanan program tersebut ialah seperti berikut:
16 Oktober 2009 : Bertolak dari destinasi masing-masing ke JB.
17 Oktober 2009 : Tour ke Singapura.
Balik ke JB (petang or malam)
18 Oktober 2009 : Jalan-jalan di JB
Bertolak balik ke destinasi masing-masing
Dalam program ini kita akan bermalam di JB.
Sekiranya bilangan kita mencukupi (termasuk ahli keluarga), bas akan disewa utk tujuan tour di Singapura. Jika tidak ramai kita akan naik perkhidmatan bas harian ke Singapura. Ini sahaja untuk makluman awal.
Untuk makluman awal juga, tahun ini juga exMozac akan mengadakan Reunion Dinner ExMozac 2009. Program ini sepatutnya program tahunan dan organiser bagi program ini ialah mana-mana Batch yang menyambut ulang tahun ke-20 selepas SPM. Oleh itu tahun ini Batch yang akan menjadi organiser bagi dinner ini ialah Batch SPM 1989. InsyaAllah Batch SPM 1989 sedang usahakan. Tarikh tentatif ialah 5 Disember 2009 (Sabtu). Saya difahamkan Batch SPM 1989 bermesyuarat pada hari ini untuk membincangkan tentang dinner ini. Jadinya, bolehlah masukkan dalam diari kita juga tentang dinner ini. Maklumat lanjut tentang program ini saya akan maklumkan kemudian.
Di bawah ialah gambar semasa Reunion Dinner Mozac 2006

Sekian.

Monday, May 25, 2009

Tahniah kpd Sdr Lokman yang dapat hole in one...tentulah dalam golf. Harap golfers Batch SPM 80 pun ada yang dah pernah buat hole in one. Ramai juga kawan-kawan kita yang main golf ni. Antara yang aku tahu Basiron Jalil, Rozali Said, Salehudin Omar dan Norzlan Ali. Aku rasa NIBY pun main juga kot.
So cam ni bolehlah kmupul kat Padang Golf mana-mana, sambil bual-bual bincang tentang apa-apa, sambil main golf. Aku boleh lah joint kot..tapi tak pernah main golf pun, setakat bawa buggy oklah kot.
Monday, May 18, 2009
Majlis Santai Bersama Guru, TQ to all
Alhamdulillah, Majlis Santai bersama bekas guru exMozac, terutama guru-guru awal semasa sekolah baru dibuka telah berjaya diadakan. Seramai 13 org bekas guru telah hadir dan 43 bekas pelajar hadir. Saya bagi pihak penganjur majlis mengucapkan terima kasih kepada cikgu dan juga bekas pelajar yang sudi hadir.
Di kalangan batch kita, Batch SPM 80, seramai 20 org hadir..kira paling ramai. Yg tak dtg pun ada yang beri sumbangan. Kalau nak tahu siapa yang hadir, lihatlah gamabr di atas. Tq Kepada semua. Yang paling terharu Zainurin dan Halimah hadir. Kedua-duanya memang dah lama tak jumpa. Zainurin walaupun busy, namun ambil usaha juga utk datang. Halimah pula, memang dah berpuluh tahun tak jumpa. Tq Nurin dan Halimah. Terima kasih juga kepada Hajah Shuraiya, atas usahanya mendapatkan Halimah dan Noryati Cheman untuk hadir.
Ramai juga yang telah memberikan sumbangan. Walaupun bayaran minimum RM20.00 namun ramai juga yang memberikan sumbangan sebanyak RM 50 dan RM 100. Oleh itu, setelah dibayar kepada pihak Restoran, duit baki masih ada. Duit baki tersebut akan digunakan untuk keperluan Rumah Persatuan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sumbangan. Ada juga yang tidak hadir, namun tetap memberikan sumbangan duit.
Saya bagi pihak penganjur juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada majlis berkenaan. Juga kepada guru-guru yang tidak dapat dihubungi keseluruhannya. Dalam masa dua minggu ini kami berusaha mendapatkan no telefon bekas-bekas guru. Namun kami lakukan setakat yang termampu. InsyaAllah pada tahun hadapan, jika ada lagi majlis seumpama ini, kita akan cuba sedaya upaya mendapatkan lebih ramai guru.
Kepada rakan-rakan seperti Rafie, Ali Kasmin, Faris Umar dan juga Adlina serta rakan-rakan yang telah bekerja keras menjayakan program ini, terima kasih banyak-banyak atas sumbangan tenaga dan masa bagi menjayakan program ini.
Semoga Persatuan kita akan terus berkembang dan menempah kejayaan. Sebagai tatapan saya paparkan gambar bekas cikgu kita. Saya ada email gambar ini kepada sahabat-sahabat. Gambar ini Cikgu Mohamad Abu yang email kepada saya.

Monday, May 11, 2009
Makan Kari Kepala Ikan pada 1 Mei 2009
Bro and Sis,
Sepertimana yang saya maklumkan sebelum ini, saya,Rafie, Dr Ahmad Salihin dan NIBY pi makan kari kepala ikan di Bangsar selepas solat Jumaat pada 1 Mei 2009. Tarikh ini merupakan ulang tahun ke-33 tahun kita masuk ke Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka). Pada tarikh ini juga sekolah ini menerima pelajarnya yang pertama, setelah kita menumpang di Sekolah Men Munsyi Abdullah Batu Berendam selama 4 bulan.
Berikut dipaparkan gambar di warung kari kepala ikan di Bangsar. Maaflah, masa gambar ini diambil, makanannya dah habis. Si kecil comel tu, anak Rafie.

Friday, May 8, 2009
Program Santai Bersama Bekas Guru MOZAC

Ingin tahu lebih Restoran Tom Yam klasik, sila lawat http://www.tomyamklasik.com
Sepertimana yang diwar-warkan melalui emel, kita akan mengadakan proran Santai Bersama Bekas Cikgu kita pada 16 Mei 2009 (Sabtu) di Restoran Tom Yam Klasik, Sungai Putat, Melaka jam lima petang.
Semua bekas pelajar MOZAC dijemput hadir. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang untuk tanggung kos hi-tea. Sempena Hari Guru, kita sbg bekas pelajar juga akan belanja bekas guru kita. Kalau ada sesiapa yang nak taja seorang guru atau lebih, dialu-alukan. Jika taja seorang guru, bayaran 1 bekas pelajar + 1 bekas guru ialah RM 30.00. Bayaran awal amat dialukan juga. Boleh berhubung dengan saya jika ingin buat bayaran awal utk daptkan nombor akuan bank bekas pelajar.
Harap dapat datang beramai-ramai..utk sama-sama memeriahkan majlis kita.
Terima kasih.
Sunday, May 3, 2009
Ulang tahun ke-33 mula menjejaki kaki ke SMS Melaka
Rakan-rakan,
Tentu kita masih ingat lagi dengan tarikh 1 Mei 1976. Pada tarikh inilah secara rasminya kita menjejaki kaki ke Sekolah Menengah Sains Melaka, Ayer Keroh (kini dikenali sebagai Sek Men Sains Muzafar Shah Melaka atau singkatnya MOZAC). Namun kita sebenarnya mendaftarkan diri sebagai pelajar Sains Melaka dari bulan Januari 1976 lagi, tetapi menumpang di Sekolah Menengah Munsyi Abdullah (SMMA) Batu Berendam Melaka. Setelah 33 tahun berlalu semenjak tarikh 1 Mei 1976, tentunya ada kenangan atau nostalgia yang masih kita ingat pada tahun 1976, walaupun mungkin kita tidak berapa nak ingat semua.
Pada Jumaat yang lalu, 1 Mei 2009..kami berempat (aku, Rafie, Dr Ahmad Salihin dan Nuridzam (Niby)), dok sembang-sembang di sebuah warung di Bangsar selepas solat Jumaat. Kami makan kari kepala ikan, sotong goreng, ayam goreng, ikan goreng..panas-panas. Sdr Niby ada ambil gamabar..nanti kalau ada dpt gambar drpnya, aku masukkan dalam blog ini.
Ada baik juga dapat jumpa sekali sekala ini (jika tidak dapat selalu). Selain berbual tentang cerita lama ketika berada di SMS, berbual juga tentang masa kini, sama ada tentang kerjaya, keluarga dan lain lain. Rupanya pertemuan begini dapat juga kita bina rangkaian (network) untuk kerjaya kita. Masing-masing dengan profesion masing-masing, namun maklumat atau network yang ada pada setiap kita, dapat juga dimanfaatkan oleh rakan yang lain, sepertimana yang dikatakan oleh Sdr Rafie. Oleh itu pertemuan begini dengan kehadiran lebih ramai lagi rakan-rakan exMozac harap dapat diadakan selalu, walaupun tidak kerap.
Apa pun, kita tetap bersyukur dengan keadaan kita sekarang ini, dengan apa yang ada pada diri kita. Terima kasih buat ibu bapa dan keluarga kita. Terima kasih juga buat guru-guru kita di sekolah rendah dan juga guru-guru kita yang mengajar kita sepanjang berada di Sekolah Menengah Sains Melaka. Sesungguhnya jasa mereka semua terhadap kita amat bernilai.
Teringat pula, bulan Mei ni banyak sangat harinya..Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru (Hari Bapa bulan Mei juga ke? lupa le). Terfikir juga, kalau dapat buat program makan-makan sempena Hari Guru ni, macam jasamu dikenang..kepada guru-guru yang pernah mengajar kita..kalaulah dapat dikumpulkan semuanya (termasuk yang dah pencen)...buat simple je..makan le kat mana-mana. Kalau ramai guru di Melaka, buat je di Melaka. Kebetulan pulak 16 Mei 2009 hari Sabtu...boleh buat di Sekolah Sains kot dan guna caterer je..tak payah belanja besar....yg penting dpt gather bersama-sama cikgu. Makan minum cikgu, kita sponsor le...Ini cuma cadangan sahaja. Cuma, mungkin masa dah suntuk sangat kot.
RAZALI