Sunday, May 3, 2009

Ulang tahun ke-33 mula menjejaki kaki ke SMS Melaka

Rakan-rakan,

Tentu kita masih ingat lagi dengan tarikh 1 Mei 1976. Pada tarikh inilah secara rasminya kita menjejaki kaki ke Sekolah Menengah Sains Melaka, Ayer Keroh (kini dikenali sebagai Sek Men Sains Muzafar Shah Melaka atau singkatnya MOZAC). Namun kita sebenarnya mendaftarkan diri sebagai pelajar Sains Melaka dari bulan Januari 1976 lagi, tetapi menumpang di Sekolah Menengah Munsyi Abdullah (SMMA) Batu Berendam Melaka. Setelah 33 tahun berlalu semenjak tarikh 1 Mei 1976, tentunya ada kenangan atau nostalgia yang masih kita ingat pada tahun 1976, walaupun mungkin kita tidak berapa nak ingat semua.

Pada Jumaat yang lalu, 1 Mei 2009..kami berempat (aku, Rafie, Dr Ahmad Salihin dan Nuridzam (Niby)), dok sembang-sembang di sebuah warung di Bangsar selepas solat Jumaat. Kami makan kari kepala ikan, sotong goreng, ayam goreng, ikan goreng..panas-panas. Sdr Niby ada ambil gamabar..nanti kalau ada dpt gambar drpnya, aku masukkan dalam blog ini.

Ada baik juga dapat jumpa sekali sekala ini (jika tidak dapat selalu). Selain berbual tentang cerita lama ketika berada di SMS, berbual juga tentang masa kini, sama ada tentang kerjaya, keluarga dan lain lain. Rupanya pertemuan begini dapat juga kita bina rangkaian (network) untuk kerjaya kita. Masing-masing dengan profesion masing-masing, namun maklumat atau network yang ada pada setiap kita, dapat juga dimanfaatkan oleh rakan yang lain, sepertimana yang dikatakan oleh Sdr Rafie. Oleh itu pertemuan begini dengan kehadiran lebih ramai lagi rakan-rakan exMozac harap dapat diadakan selalu, walaupun tidak kerap.

Apa pun, kita tetap bersyukur dengan keadaan kita sekarang ini, dengan apa yang ada pada diri kita. Terima kasih buat ibu bapa dan keluarga kita. Terima kasih juga buat guru-guru kita di sekolah rendah dan juga guru-guru kita yang mengajar kita sepanjang berada di Sekolah Menengah Sains Melaka. Sesungguhnya jasa mereka semua terhadap kita amat bernilai.

Teringat pula, bulan Mei ni banyak sangat harinya..Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru (Hari Bapa bulan Mei juga ke? lupa le). Terfikir juga, kalau dapat buat program makan-makan sempena Hari Guru ni, macam jasamu dikenang..kepada guru-guru yang pernah mengajar kita..kalaulah dapat dikumpulkan semuanya (termasuk yang dah pencen)...buat simple je..makan le kat mana-mana. Kalau ramai guru di Melaka, buat je di Melaka. Kebetulan pulak 16 Mei 2009 hari Sabtu...boleh buat di Sekolah Sains kot dan guna caterer je..tak payah belanja besar....yg penting dpt gather bersama-sama cikgu. Makan minum cikgu, kita sponsor le...Ini cuma cadangan sahaja. Cuma, mungkin masa dah suntuk sangat kot.

RAZALI

No comments:

Post a Comment