Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka) Batch SRP 1978/SPM 1980
Saturday, July 11, 2009
Sembang-sembang ExMozac pada 10 Julai 2009
Kawan-kawan, selalunya hari Jumaat malam (bukan malam Jumaat) diadakan perjumpaan atau sembang-sembang di kalangan bekas pelajar Mozac. Pertemuan ini memang tidak kira Batch, sesiapa saja boleh datang, sembang-sembang dan bertukar pandangan. Pada masa ini jugalah kita dapat berkenalan dengan junior yang memang kita tak pernah jumpa semasa di sekolah. Sebagai contoh, dalam pertemuan di Bandar Baru Bangi bulan lepas, saya berjumpa adik Lokman Ghani, yang juga bekas pelajar Mozac. Pada malam semalam pula, salah seorangyang hadir ialah anak buah Rosmonai Dolah yang juga bekas pelajar Mozac iaitu Sdr Rizal...dia ni memang dikira ahli tetap pertemuan. Lokasinya berbeza dan pertemuannya bukanlah setiap minggu. Sebagai contoh, dua minggu lepas diadakan pertemuan di Ampang, dan antara yang hadir ialah Datuk Dr Maamur Osman, yang kini aktif dengan Persatuan Pengguna Islam. Setakat ini tempat yang selalu diadakan pertemuan ialah di Ampang dan Bandar Baru Bangi. Ada rancangan nak diadakan di kawasan Petaling Jaya atau Damansara pada masa akan datang.
Malam semalam diadakan pertemuan di BB Bangi. Saya sms kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran BB Bangi. Alhamdulillah, pertemuan malam tadi, Batch kita yang paling ramai hadir, Rafie, Zainurin, Keegan, Khairudin Zainal dan saya - 5 orang kira paling ramai le drp 11 yg hadir malam tadi. Zazilah ada urusan dan Roslan Osman pula, isterinya baru bersalin. Memang berharap Roslan dapat hadir sebab sejak lepas sekolah tidak pernah jumpa dia, dan nak ambil gambarnya untuk dimasukkan di dalam blog ini. Rafie dan saya bolehlah dikira ahli tetap. Walapun sembang-sembang ada juga beberapa perkara yang dibincangkan - kadangkala tentang kerja kita dan juga bertukar pandangan. Di sini juga kita dapat membina jaringan (network).
Dalam pertemuan akan datang, mungkin saya boleh uar-uarkan melalui emel. Jadi sesiapa yang kelapangan bolehlah datang, tak kira kat mana pun berada. Dipaparkan beberapa keping gambar pertemuan malam tadi.
No comments:
Post a Comment