15 Ogos 2009, Prof Madya Dr Ahmad Salihin, Tn Haji Rafie Omar dan saya telah mewakili Persatuan Bekas Pelajar SMS Muzafar Syah Melaka menghadiri "Seminar Hala Tuju SBP". Memandangkan seminar ini di KL, maka YDP cadangkan kami bertiga hadir majlis ini. Seminar anjuran Persatuan Murid-murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kursiah ini diadakan di Universiti Malaya, Kampus Kota, Jalan Tun Ismail, KL. Objektif utama seminar ini diadakan adalah atas dorongan bagi menjamin masa depan SBP terutama dari segi kecemerlangan dan statusnya.
Kecemerlangan bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga kecemerlangan dalam sukan dan juga kecemerlangan bekas pelajar menjadi pemimpin negara dan juga memegang jawatan utama sama ada dalam sektor kerajaan ataupun korporat. Pokok utama yang menjadi kebimbangan ialah penstrukturan semula Kementerian Pelajaran yang telah menggabungkan Unit SBP dengan Sekolah Kluster. Dengan ini ada pihak berpendapat bahawa Kementerian tidak memberikan tumpuan khusus kepada SBP (daripada pemahaman saya).
Tokoh-tokoh yang dijemput membentangkan kertas kerja memang di kalangan mereka yang berwibawa. Saranan dan pandangan yang diberikan memang bernas dan ada benarnya. Ceramah dan sesi dialog yang diadakan amat bermanfaat. Malah ada beberapa pandangan yang diberikan boleh kita, sebagai bekas pelajar, cadangkan untuk dilaksanakan terus di peringkat MOZAC dengan kerjasama bekas pelajar untuk memartabatkan SBP supaya menjadi sekolah yang elit..paling tidak di Melaka. Cadangan-cadangan yang melibatkan dasar, itu perlulah diputuskan oleh pihak Kementerian.
Razali
No comments:
Post a Comment