Salam Sejahtera,
Hari ini hari raya kelima. Saya rasa masih ramai lagi rakan-rakan yang menyambut Aidil Fitri di kampung masing-masing...sama ada berhari raya di rumah ibu bapa ataupun di rumah mentua memandangkan sekolah masih lagi bercuti. Bagi rakan-rakan yag sudah kembali bertugas, tentunya sudah tiba di rumah masing-masing. Saya sendiri perlu balik ke KL pada hari ini (Khamis) memandangkan anak kedua saya yang kini menuntut di matrikulasi UIA Nilai, NS akan menduduki peperiksaan akhirnya mulai esok (Jumaat). Rasanya hanya UIA sahaja yang sudah memulakan pengajiaannya selepas cuti raya mulai semalam. Kebanyakan IPT saya rasa masih bercuti dan akan mula pengajian mulai Isnin hadapan.
Cuti hari raya ini, Alhamdulillah segala berjalan baik. Cuma nak ceritakan di sini ialah saya bertemu sahabat kita iaitu Mohd Suboh Yunus di pagi hari akhir Ramadan (org NS namakan hari sehari sebelum Hari Raya, hari "mantai"). Semasa itu, nak beli daging di Lubok Cina, NS (simpang nak masuk Kota, NS)..kiranya sempadan NS/Melaka. Memang tak perasan langsung yang culik-culik saya tu Suboh...sebab dari pandangan mata saya wajah dia masa sekarang dan masa sekolah dulu memang jauh berbeza. Masa salam dia pun memang tak kenal, sehinggalah dia sendiri yang memperkenalkan diri dia "Suboh". Minta maaflah Suboh, memang tak kenal langsung...maklumlah sejak lepas sekolah (1980) sehinggalah pada 19 Sept 2009 baru bersua muka. Memang lain langsung wajah kawan kita ni...kiranya lebih handsome le, he he. (Cumanya keadaan masa tu agak sukar nak ambil gambar dia walaupun bawa handset..kalau tidak kawan-kawan yang tak pernah jumpa dia boleh juga tgk muka dia).
Pada tahun ini belum ada rancangan lagi nak buat perjumpaan hari raya di kalangan batch kita..yang ada ialah kita joint sekali dengan Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar MOZAC. InsyaAllah akan diadakan pada 17 Oktober 2009. Maklumat lanjut tentang jamuan ini ada dinyatakan di blog ini. Harap di kalangan batch kita, ramailah yang datang..tak kiralah dari Melaka, Johor, NS, KL, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dll. Saya rasa Azhari Majid dah pun pulang ke Malaysia dari US. Harap-harap dapatlah bertemu dengan dia dan rakan-rakan lain yang sudah lama kita tak bertemu. Kawan-kawan yang datang behari raya di rumah saya di Segambut, boleh sahaja....beritahu aje, InsyaAllah tiada masalah.
Akhirnya, sekali lagi saya dan keluarga mohon maaf di hari yang mulia ini. Kepada rakan-rakan yang hendak balik ke rumah selepas bercuti hari raya, pandu hati-hati bersama keluarga masing-masing.
Sekian, salam
RAZALI