Alhamdulillah, program berbuka puasa anjuran Persatuan Bekas Pelajar MOZAC bersama anak yatim Fatimah Al-Zaharah telah selamat diadakan pada 12 September 2009 (Sabtu). Tahniah diucapkan kepada JK Persatuan Bekas Pelajar yang diterajui oleh YDP Persatuan, Sdr Ali Kasmin dan juga rakan-rakan lain yang menguruskan majlis ini. Rakan-rakan Batch 80 yang hadir ialah Tn Haji Rafie Omar, Tn Haji Azahari Hussein, Tn Haji Aziz Mohd Noor, Zulkifli Jamaluddin (Keegan) dan saya (Razali Ab Malik).
Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah terletak di Bukit Katil menempatkan 84 orang anak yatim, kesemuanya perempuan. Pada majlis ini duit raya dan hamper telah diberikan kepada kesemua 84 orang penghuni kompleks ini. Di samping itu, sumbangan duit raya dan hamper juga diberikan kepada anak-anak Arwah bekas pelajar MOZAC. Anak-anak yang hadir ialah anak Arwah Nidzam Samat (2 orang), Arwah Sharizal (seorang), Arwah Hasliza Rasul (seorang) dan Arwah Hasbullah (2 orang). Masing-masing datang dengan ibu atau bapa. Kecuali anak Arwah Shahrizal yang datang bersama datuk dan neneknya...sebenarnya anak Arwah Shahrizal yatim piatu. Beliau kehilangan ibu dan bapanya yang meninggal dunia dalam tragedi bas terbakar. Sedih juga bila mendengar cerita tentang Puteri (anak Arwah Shahrizal) drp Tn Haji Rafie Omar .... apabila menziarahi kubur bapanya, Puteri mengorek-ngorek tanah kubur bapanya, dan menanamkan chewing gum..sebab katanya "Ayah suka makan chewing gum".
Program ini telah berjaya mengumpul wang mencecah RM 12,000 dan 110 hamper. Wang tersebut termasuk sumbangan daripada Muslim Aid sebanyak RM2000.00 hasil usaha Tuan Haji Rafie Omar, selain sumbangan daripada rakan-rakan exMOZAC. Hamper sebanyak 110 buah pula disumbangkan oleh seorang dermawan, hasil usaha Sdr Faris Umar. Saya bagi pihak Persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberikan sumbangan. Persatuan juga akan menyampaikan sumbangan duit raya ini kepada anak-anak arwah bekas pelajar yang tidak hadir pada majlis ini.
Harap usaha murni akan kita teruskan dari semasa ke semasa.
(Slaid gambar program ini saya akan masukkan di dalam blog ini dalam masa terdekat ini)
No comments:
Post a Comment