Jamuan Raya ExMOZAC anjuran Persatuan Bekas Pelajar MOZAC telah berjaya diadakan pada 17 Oktober 2009 dari jam 8.00 malam di Rumah Persatuan (di sekolah). Menu special malam tu ialah kambing bakar dan kari kambing. Ramai juga rakan yang datang daripada pelbagai Batch. Ada juga bekas cikgu dan cikgu MOZAc hadir termasuk Pengetua sekarang. Cikgu yang mengajar kita dulu yang hadir ialah Cikgu Bistamam. Sehingga jam 11 lebih pun ada yang masih datang. Aku sendiri balik dalam pukul 1.00 pagi...
Kalangan batch kita yang hadir seramai 12 orang, Abd Ghani Che Mat, Abdul Shukor Hasan, Azaharudin Kasim (akan berangkat ke Mekah pada 26 Oktober 2009), Abd Razak Dolah, Prof Madya Dr Ahmad Salihin, Azman Abdul Raoh, Haji Aziz Mohd Noor, Azizi Hashim, Haji Rafie Omar, Dr Sabirin Jaafar, Syed Ridzuan dan Razali Malik. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang. Cuma kali ni aku terlupa nak bawa kamera..nanti kalau dapat gambar dari rakan yang lain, aku letakkan di sini.
Tahniah dan terima kasih kepada YDP dan AJK Persatuan Bekas Pelajar MOZAC yang menganjurkan majlis ini. Terima kasih juga kepada cikgu yang sudi datang ke majlis ini.
Sekian
bro razali , terima kasih di atas sokongan , dorongan & dokongan yang berterusan. insyallah , kita jumpa lagi di lain majlis. wassalam.
ReplyDelete