Sunday, September 26, 2010

Tahniah kpd Azahari dan Isteri drp exMOZAC




exMOZAC SPM80 khususnya mengucapkan tahniah kepada Sdr Azahari Hussain dan isteri dengan menerima menantu yang pertama. Terima kasih juga kepada Sdr Azahari dan keluarga atas jemputan dan layanan semasa kenduri kahwin pada 25 September 2010 di Taman Perling, Johor. Terima kasih juga kepada Abd Ghani Che Mat, isteri dan keluarga yang menjemput kami ke rumahnya selepasa menghadiri majlis kenduri kahwin pada hari tersebut.

Semoga pengantin diberkati Allah.

Salam

Monday, September 20, 2010

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kpd anak-anak

Kepada rakan-rakan yang anak masing-masing menduduki UPSR mulai esok (21 - 23 September 2010), didoakan anak-anak kita tenang menghadapi peperiksaan tersebut dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang. Amin

Wednesday, September 15, 2010

SEMOGA SDR HISHAM DAN KELUARGA SEGERA SEMBUH

Hari ini, 15 September 2010, BH dan Harian Metro melaporkan Diplomat Malaysia ke Arab Saudi iaitu Sdr Hishamuddin Ibrahim (ExMOZAC SPM 1980)dan keluarga ditimpa kemalangan jalan raya di Riyadh. Didoakan semoga Hisham dan keluarga selamat dah segera sembuh.

Pada jam 2.50 pm, 15 Sept 2010, Sdr Hisham menghantar emel kpd group exMOZAC 80: Assalamualaikum wbt
Terimakasih atas doa saudara/i sekelian.Alhamdulillah semua selamat. Saya, anak saya, adik ipar tidak mengalami kecederaan. Isteri dan ibu mertua sedang dirawat.
Salam mesra dari Riyadh.
Hishamuddin Ibrahim







Sumber berita:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Diplomat Malaysia cedera di Riyadh

RIYADH – Seorang diplomat kanan Malaysia. Hishamuddin Ibrahim terselamat dalam kemalangan kereta pada Ahad lalu yang menyebabkan dua anggota keluarganya cedera termasuk isterinya, lapor Arab News semalam.

Hishammudin yang bertugas sebagai Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia mengalami kecederaan selepas tayar kenderaan pacuan empat rodanya meletup di lebuh raya Riyadh-Mekah dan terbalik beberapa kali.

“Sebuah helikopter khas diarahkan oleh Pemangku Gabenor Riyadh, Putera Sattam menghantar diplomat dan anggota keluarganya ke Hospital Pasukan Keselamatan di Riyadh,” kata Kaunselor di Kedutaan Malaysia, Lokman Alias.

Lokman berkata, diplomat dan keluarganya itu dihantar ke Hospital Besar Afif untuk mendapatkan rawatan sebelum mereka diterbangkan ke Riyadh.

“Syukur kepada Allah, Hishamuddin berada dalam keadaan selamat. Kami semua berdoa supaya keluarganya cepat pulih (daripada kecederaan),” kata Lokman.

Lokman berkata, tayar yang meletup menjadi punca kemalangan tersebut berlaku.

“Saya tidak berpendapat terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kenderaannya,” jelasnya.

Menurut Lokman, isteri Lokman, Ida Alina Salleh mengalami kecederaan di kepala.

Dia berkata, ibu Hishamuddin turut mengalami kecederaan

dalam kemalangan tersebut.

– Agensi

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan exMOZAC Batch sPM 1980 khususnya, dan seluruh warga exMOZAC dan guru MOZAC amnya. Maaf Zahir Batin. Semoga semuanya dalam keadaan selamat dan sejahtera dalam menyembut hari lebaran ini.

Pada 8 September 2010, Sdr Zulastri telah discharged drp SJMC. Alhamdulillah, semoga Sdr Zulas terus sembuh.

InsyaAllah kita bertemu di rumah Azahari Hussain di Taman Perling JB sempena perkahwinan anak sulungnya pada 25 September 2010.

Sekian

Semoga Zulastri Segera Sembuh

Kawan-kawan,
Sahabat kita Sdr Ir Zulastri Mohd Amin telah dimasukkan wad di SJMC pada 6 September 2010, kerana menghidapi pneumonia (radang paru-paru). Sama-samalah kita mendoakan beliau segera sembuh dan dapat berhari raya bersama keluarga tersayang di kampung.