Wednesday, September 15, 2010

SEMOGA SDR HISHAM DAN KELUARGA SEGERA SEMBUH

Hari ini, 15 September 2010, BH dan Harian Metro melaporkan Diplomat Malaysia ke Arab Saudi iaitu Sdr Hishamuddin Ibrahim (ExMOZAC SPM 1980)dan keluarga ditimpa kemalangan jalan raya di Riyadh. Didoakan semoga Hisham dan keluarga selamat dah segera sembuh.

Pada jam 2.50 pm, 15 Sept 2010, Sdr Hisham menghantar emel kpd group exMOZAC 80: Assalamualaikum wbt
Terimakasih atas doa saudara/i sekelian.Alhamdulillah semua selamat. Saya, anak saya, adik ipar tidak mengalami kecederaan. Isteri dan ibu mertua sedang dirawat.
Salam mesra dari Riyadh.
Hishamuddin Ibrahim







Sumber berita:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Diplomat Malaysia cedera di Riyadh

RIYADH – Seorang diplomat kanan Malaysia. Hishamuddin Ibrahim terselamat dalam kemalangan kereta pada Ahad lalu yang menyebabkan dua anggota keluarganya cedera termasuk isterinya, lapor Arab News semalam.

Hishammudin yang bertugas sebagai Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia mengalami kecederaan selepas tayar kenderaan pacuan empat rodanya meletup di lebuh raya Riyadh-Mekah dan terbalik beberapa kali.

“Sebuah helikopter khas diarahkan oleh Pemangku Gabenor Riyadh, Putera Sattam menghantar diplomat dan anggota keluarganya ke Hospital Pasukan Keselamatan di Riyadh,” kata Kaunselor di Kedutaan Malaysia, Lokman Alias.

Lokman berkata, diplomat dan keluarganya itu dihantar ke Hospital Besar Afif untuk mendapatkan rawatan sebelum mereka diterbangkan ke Riyadh.

“Syukur kepada Allah, Hishamuddin berada dalam keadaan selamat. Kami semua berdoa supaya keluarganya cepat pulih (daripada kecederaan),” kata Lokman.

Lokman berkata, tayar yang meletup menjadi punca kemalangan tersebut berlaku.

“Saya tidak berpendapat terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kenderaannya,” jelasnya.

Menurut Lokman, isteri Lokman, Ida Alina Salleh mengalami kecederaan di kepala.

Dia berkata, ibu Hishamuddin turut mengalami kecederaan

dalam kemalangan tersebut.

– Agensi

No comments:

Post a Comment