
Rakan-rakan sekalian. Alhamduillah, pada jam lebih kurang jam 12 tgh kami bertiga, saya, Shukor Hasan dan Ad Rahim Ahmad selamat tiba di rumah Arwah Ustaz Hamdan di Taman Resah Jaya, Tampin NS. Dalam kunjungan ini, kami telah menyampaikan sumbangan yg dpt dikumpulkan di kalangan kita dalam masa yg singkat berjumlah RM 1,350.00 kpd isteri Arwah. Isteri Arwah mengucapkan terima kasih kpd kita semua, di samping sumbangan tersebut, juga kerana masih mengingati Arwah dan juga keluarga Arwah walaupun telah lama meninggalkan sekolah.
Untuk makluman, anak Arwah Ustaz Hamdan 4 org semuanya. Yg sulung dah bekerja, dua org belajar di IPT (UKM dan kolej) seorang lagi belajar di IPG Melewar (Maktab Perguruan Melewar). Yg di UKM sekarang sedang buat master dalam bidang kimia.
Sama sama kita mendoakan semoga roh Allahyarham Ustaz Hamdan ditempatkan di kalangan org beriman dan anak2 Arwah berjaya dlm pelajaran. Amin
No comments:
Post a Comment