
Pada 23 Mac 2011, sedang ibu bapa dan anak-anak kita sibuk mengambil keputusan SPM, saya dan Rafie pula mengemaskini urusan majlis hi-tea MOZAC 35 TAHUN di pejabat Rafie. Antara urusan yang dibuat ialah menghubungi bekas guru untuk mendapatkan jawapan pengesahan kehadiran dan bekas pelajar juga. Alhamdulillah beberapa guru telah memberikan respons. Setakat ini InsyaAllah 18 orang bekas guru MOZAC akan hadir.
Tahniah kepada MOZAC atas keputusan cemerlang SPM 2010. Kami menerima maklumat tidak rasmi seramai 38 pelajar MOZAC dapat straight As, iaitu lebih baik daripada tahun SPM 2009. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang mendidik.
No comments:
Post a Comment