Sunday, August 7, 2011

Sdr MOZAIMI MOHAMAD MCE 1978 kembali ke rahmatullah pada 7 Ogos 2011

Pada 7 Ogos 2011, sekitar jam 10.00 malam saya menerima SMS drp Azahari Hussain, Noryati Cheman dan Azlina Ramli memaklumkan Mozaimi Mohd (ExMOZAC MCE 1978)yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Melaka telah kembali ke rahmatullah di Hospital Melaka. Bersama-sama kita sedekahkan bacaan AlFatihah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman. Amin.

MAJLIS IFTAR EXMOZAC

BERIKUT MAKLUMAN DARIPADA ALUMNI MOZAC TENTANG MAJLIS IFTAR DAN JAMUAN HARI RAYA EXMOZAC:

Assalamualaikum....

> Yang berbahagia semua sahabat-sahabat saya ...semoga hidup anda sentiasa
> dirahmati oleh Allah hendaknya.

> Diam tak diam, bulan hadapan kita semua akan berpuasa bagi tahun hijrah 1432.
> Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk terus berpeluang menjalani ibadah puasa yang bakal tiba ini nanti.

> Pihak persatuan telah pun menetapkan satu tarikh iaitu pada 20hb Ogos 2011 ini nanti untuk satu majlis berbuka puasa (Iftar) bersama pelajar-pelajar MOZAC dan juga ada beberapa aktiviti lain yang akan dijalankan.
>
> Antara event yg bakal dijalankan ialah:-
>
> a) Motivasi SPM - selepas solat asar.
> b) Di ikuti dengan program berbuka / solat maghrib / solat isyak & terawih bersama.
> c) Di samping itu, pehak Alumni akan cuba membawa bersama - pelajar Tahfiz Madrasah Muqarrabin (madrasah yg terletak di tepi lebuh AMJ) yang terdiri dari anak-anak yatim dan miskin untuk diraikan bersama.
>
> Oleh itu kepada sahabat-sahabat saya yang ingin menghulurkan derma ikhlas boleh
> disalurkan ke akaun alumni xmozac di Public Bank Berhad no. akaun PBPSMSM
> 3995143334.
>
> Untuk Majlis Hari Raya pula ianya akan diadakan pada 20 hb SEPTEMBER 2011
> bertempat di Rumah Alumni juga. Tentatif program akan diwar-warkan kemudian hari.
>
> Sekian. Harap Maklum
>
> Fuziah Khamis
> Setiausaha Alumni Mozac
> 019-6965729

Saturday, August 6, 2011

Semoga Sdr Baharom Masral (MOZAC SPM 77) dan Bahari (MOZAC SPM 81) segera sembuh

Melalui wall facebook Sdr Abd Rahim Wahab (SPM 1981) pada 3 Ogos 2011 (Rabu) dikhabarkan bahawa Sdr Baharom Masral (SPM 1977)dimasukkan ke wad hospital Melaka manakala Sdr Bahari Md Jadi (SPM 1981)mengalami slip disc dan sedang berehat di rumahnya di Senawang.

Didoakan kedua-duanya segera sembuh. Amin.

Sesiapa yang ingin no tel Bro Baharom dan Bahari sila emel saya di razalimalik@yahoo.com atau boleh didapati drp wall facebook Sdr Abd Rahim Wahab (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000612086001&sk)

Tuesday, August 2, 2011

Nostalgia 1980 melalui PEMBINA 1980

Berita daripada majalah PEMBINA 1980; antaranya: