BERIKUT MAKLUMAN DARIPADA ALUMNI MOZAC TENTANG MAJLIS IFTAR DAN JAMUAN HARI RAYA EXMOZAC:
Assalamualaikum....
> Yang berbahagia semua sahabat-sahabat saya ...semoga hidup anda sentiasa
> dirahmati oleh Allah hendaknya.
> Diam tak diam, bulan hadapan kita semua akan berpuasa bagi tahun hijrah 1432.
> Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk terus berpeluang menjalani ibadah puasa yang bakal tiba ini nanti.
> Pihak persatuan telah pun menetapkan satu tarikh iaitu pada 20hb Ogos 2011 ini nanti untuk satu majlis berbuka puasa (Iftar) bersama pelajar-pelajar MOZAC dan juga ada beberapa aktiviti lain yang akan dijalankan.
>
> Antara event yg bakal dijalankan ialah:-
>
> a) Motivasi SPM - selepas solat asar.
> b) Di ikuti dengan program berbuka / solat maghrib / solat isyak & terawih bersama.
> c) Di samping itu, pehak Alumni akan cuba membawa bersama - pelajar Tahfiz Madrasah Muqarrabin (madrasah yg terletak di tepi lebuh AMJ) yang terdiri dari anak-anak yatim dan miskin untuk diraikan bersama.
>
> Oleh itu kepada sahabat-sahabat saya yang ingin menghulurkan derma ikhlas boleh
> disalurkan ke akaun alumni xmozac di Public Bank Berhad no. akaun PBPSMSM
> 3995143334.
>
> Untuk Majlis Hari Raya pula ianya akan diadakan pada 20 hb SEPTEMBER 2011
> bertempat di Rumah Alumni juga. Tentatif program akan diwar-warkan kemudian hari.
>
> Sekian. Harap Maklum
>
> Fuziah Khamis
> Setiausaha Alumni Mozac
> 019-6965729
No comments:
Post a Comment