Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka) Batch SRP 1978/SPM 1980
Sunday, August 7, 2011
Sdr MOZAIMI MOHAMAD MCE 1978 kembali ke rahmatullah pada 7 Ogos 2011
Pada 7 Ogos 2011, sekitar jam 10.00 malam saya menerima SMS drp Azahari Hussain, Noryati Cheman dan Azlina Ramli memaklumkan Mozaimi Mohd (ExMOZAC MCE 1978)yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Melaka telah kembali ke rahmatullah di Hospital Melaka. Bersama-sama kita sedekahkan bacaan AlFatihah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman. Amin.
MAJLIS IFTAR EXMOZAC
BERIKUT MAKLUMAN DARIPADA ALUMNI MOZAC TENTANG MAJLIS IFTAR DAN JAMUAN HARI RAYA EXMOZAC:
Assalamualaikum....
> Yang berbahagia semua sahabat-sahabat saya ...semoga hidup anda sentiasa
> dirahmati oleh Allah hendaknya.
> Diam tak diam, bulan hadapan kita semua akan berpuasa bagi tahun hijrah 1432.
> Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk terus berpeluang menjalani ibadah puasa yang bakal tiba ini nanti.
> Pihak persatuan telah pun menetapkan satu tarikh iaitu pada 20hb Ogos 2011 ini nanti untuk satu majlis berbuka puasa (Iftar) bersama pelajar-pelajar MOZAC dan juga ada beberapa aktiviti lain yang akan dijalankan.
>
> Antara event yg bakal dijalankan ialah:-
>
> a) Motivasi SPM - selepas solat asar.
> b) Di ikuti dengan program berbuka / solat maghrib / solat isyak & terawih bersama.
> c) Di samping itu, pehak Alumni akan cuba membawa bersama - pelajar Tahfiz Madrasah Muqarrabin (madrasah yg terletak di tepi lebuh AMJ) yang terdiri dari anak-anak yatim dan miskin untuk diraikan bersama.
>
> Oleh itu kepada sahabat-sahabat saya yang ingin menghulurkan derma ikhlas boleh
> disalurkan ke akaun alumni xmozac di Public Bank Berhad no. akaun PBPSMSM
> 3995143334.
>
> Untuk Majlis Hari Raya pula ianya akan diadakan pada 20 hb SEPTEMBER 2011
> bertempat di Rumah Alumni juga. Tentatif program akan diwar-warkan kemudian hari.
>
> Sekian. Harap Maklum
>
> Fuziah Khamis
> Setiausaha Alumni Mozac
> 019-6965729
Assalamualaikum....
> Yang berbahagia semua sahabat-sahabat saya ...semoga hidup anda sentiasa
> dirahmati oleh Allah hendaknya.
> Diam tak diam, bulan hadapan kita semua akan berpuasa bagi tahun hijrah 1432.
> Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk terus berpeluang menjalani ibadah puasa yang bakal tiba ini nanti.
> Pihak persatuan telah pun menetapkan satu tarikh iaitu pada 20hb Ogos 2011 ini nanti untuk satu majlis berbuka puasa (Iftar) bersama pelajar-pelajar MOZAC dan juga ada beberapa aktiviti lain yang akan dijalankan.
>
> Antara event yg bakal dijalankan ialah:-
>
> a) Motivasi SPM - selepas solat asar.
> b) Di ikuti dengan program berbuka / solat maghrib / solat isyak & terawih bersama.
> c) Di samping itu, pehak Alumni akan cuba membawa bersama - pelajar Tahfiz Madrasah Muqarrabin (madrasah yg terletak di tepi lebuh AMJ) yang terdiri dari anak-anak yatim dan miskin untuk diraikan bersama.
>
> Oleh itu kepada sahabat-sahabat saya yang ingin menghulurkan derma ikhlas boleh
> disalurkan ke akaun alumni xmozac di Public Bank Berhad no. akaun PBPSMSM
> 3995143334.
>
> Untuk Majlis Hari Raya pula ianya akan diadakan pada 20 hb SEPTEMBER 2011
> bertempat di Rumah Alumni juga. Tentatif program akan diwar-warkan kemudian hari.
>
> Sekian. Harap Maklum
>
> Fuziah Khamis
> Setiausaha Alumni Mozac
> 019-6965729
Saturday, August 6, 2011
Semoga Sdr Baharom Masral (MOZAC SPM 77) dan Bahari (MOZAC SPM 81) segera sembuh
Melalui wall facebook Sdr Abd Rahim Wahab (SPM 1981) pada 3 Ogos 2011 (Rabu) dikhabarkan bahawa Sdr Baharom Masral (SPM 1977)dimasukkan ke wad hospital Melaka manakala Sdr Bahari Md Jadi (SPM 1981)mengalami slip disc dan sedang berehat di rumahnya di Senawang.
Didoakan kedua-duanya segera sembuh. Amin.
Sesiapa yang ingin no tel Bro Baharom dan Bahari sila emel saya di razalimalik@yahoo.com atau boleh didapati drp wall facebook Sdr Abd Rahim Wahab (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000612086001&sk)
Didoakan kedua-duanya segera sembuh. Amin.
Sesiapa yang ingin no tel Bro Baharom dan Bahari sila emel saya di razalimalik@yahoo.com atau boleh didapati drp wall facebook Sdr Abd Rahim Wahab (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000612086001&sk)
Tuesday, August 2, 2011
Friday, July 29, 2011
Majlis Tahlil sempena menyambut Ramadan anjuran ExMOZAC
Makluman daripada JK Alumni MOZAC: Pada 30 Julai 2011 - Sabtu @ Selepas Asar - Di Rumah Alumni, Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka, Ayer Keroh akan diadakan majlis kenduri & tahlil ringkas sempena menyambut Ramadan Al Mubarak... Semua warga ExMozac dijemput hadir. Insyallah...
Monday, July 11, 2011
Takziah kepada Hamidah Ali atas pemergian anak sulungnya
Warga exMOZAC SPM 1980 mengucapkan takziah kepada Hamidah Ali (SPM 81) dan keluarga atas pemergian anak sulungnya pada 6 Julai 2011 yang lalu. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Kepada Hamidah dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian Allah swt. Amin
Wednesday, June 15, 2011
PERTEMUAN DENGAN NORHAYATI HAMZAH PADA 15 JUN 2011
Monday, May 2, 2011
Majlis MOZAC 35 TAHUN: Terima kasih kpd semua exMOZAC, guru dan bekas guru yang menjadikan majlis ini gemilang!






Saya mengucapkan terima kasih kepada semua bekas pelajar MOZAC, guru dan bekas guru yang menghadiri majlis ini dan seterusnya menjadikannya gemilang dan penuh kenangan terindah. Kejayaan ini adalah berkat usaha dan kesabaran kita selama ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan AJK Rafie Omar, Abd Razak Khalil, Asari Pandi, Dr Hj Azman Mohd Nor, Nasaruddin Ahmad, Ab. Rahim Ahmad, Azizi Hashim, Mohd Hamdan Talib, Hamidon Katan, Zainal Fitri Zainal Abidin, Hashim Zainal Abidin, Mohd Khairil Yakub, Azmar Abd Hamid dan Asnor Karim yang selama ini telah menyumbang tenaga, idea, masa dan juga wang ringgit sepanjang diadakan mesyuarat. TQ juga kpd YDP Alumni MOZAC, Sdr Ali Kasmin dan seluruh AJK Alumni MOZAC di atas kepercayaan dan kerjasama erat yang diberikan. Juga kepada cikgu Moahamad Abu, Cikgu Abd Razak Abd Rahman dan Cikgu Rani yang bersama-sama membantu JK mendapatkan nama-nama guru. TQ tak tehingga juga kepada guru sekolah. Kepada penaja utama majlis ini, Myskills Media jutaan terima kasih diucapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kpd Azahari Jamaon, pemilik Supremo Donuts and Coffes, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan Sdr Mohd Don Jalil, pemilik Restoran Bamboo Seksyen 9 yg telah menyediakan ruang restoran masing-masing utk kami mengadakan mesyuarat. Tidak lupa juga kpd exMOZAC yg telah memberikan hadiah utk cabutan bertuah. Yang paling dihargai ialah semua exMOZAC, bekas guru dan guru yang telah menghadiri menjayakan majlis ini. Tanpa kehadiran saudara saudari semua, apalah ertinya majlis ini. Komitmen kita semua yang tersebut di atas telah menjadikan majlis ini penuh bermakna dan gemilang.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan ketentuan-Nya majlis ini dapat diadakan dengan jayanya.
RAZALI AB MALIK
Monday, April 25, 2011
Takziah kepada Nasaruddin Ahmad

Alfatihah
Warga MOZAC mengucapkan takziah kepada Sdr Nasaruddin Ahmad (SPM 1979/Kelas 5A3) di atas pemergian anak sulungnya (perempuan) pada 24 April 2011 malam. Didoakan Sdr Nasar dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah swt. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang beriman.
Amin
Sunday, April 3, 2011
PERTANDINGAN GOLF SEMPENA HI TEA MOZAC 35 TAHUN PADA 1 MEI 2011

Bersempena Majlis Hi-Tea MOZAc 35 TAHUN pada 1 Mei 2011, Persatuan ExMOZAC akan mengadakan pertandingan golf akan diadakan pada sebelah pagi. Tempat pertandingan belum ditentukan lagi tetapi di sekitar Bangi/Kajang. ExMOZAC yang berminat menyertai pertandingan ini sila hubungi Sdr Abd Halem Berahim 012-6311349
Friday, March 25, 2011
TAKZIAH KEPADA HASLINDA OTHMAN
Warga exMOZAC SPM80 khasnya dan warga seluruh exMOZAC amnya mengucapkan takziah kepada Haslinda Othman atas pemergiaan ayahandanya ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat 25 Mac 2011 jam 2.50 pagi.
AlFatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
AlFatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
Thursday, March 24, 2011
Takziah untuk keluarga Norhayati Hamzah exMOZAC SPM80
Warga exMOZAC 80 khasnya dan exMOZAC amnya mengucapkan takziah kepada Norhayati Hamzah dan keluarganya atas pemergiaan ayahandanya ke rahmatullah pada 20 Mac 2011 jam 12.20 pagi akibat serangan jantung di Kuala Kubu Baharu, Selangor. Allahyarham merupakan bekas askar komando Kem Sungai Udang.
Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
Wednesday, March 23, 2011
MENGEMASKINI URUSAN MAJLIS MOZAC 35 TAHUN

Pada 23 Mac 2011, sedang ibu bapa dan anak-anak kita sibuk mengambil keputusan SPM, saya dan Rafie pula mengemaskini urusan majlis hi-tea MOZAC 35 TAHUN di pejabat Rafie. Antara urusan yang dibuat ialah menghubungi bekas guru untuk mendapatkan jawapan pengesahan kehadiran dan bekas pelajar juga. Alhamdulillah beberapa guru telah memberikan respons. Setakat ini InsyaAllah 18 orang bekas guru MOZAC akan hadir.
Tahniah kepada MOZAC atas keputusan cemerlang SPM 2010. Kami menerima maklumat tidak rasmi seramai 38 pelajar MOZAC dapat straight As, iaitu lebih baik daripada tahun SPM 2009. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang mendidik.
Wednesday, February 16, 2011
Ibu Rozilah Salleh kembali ke rahmatullah pada 16 Februari 2011
Friday, February 11, 2011
Ambil kesempatan eratkan silaturrahim di kalangan keluarga ExMOZAC sempena cuti panjang Tahun Baru China



Sempena cuti panjang Tahun Baru China 2011, dari 3 hingga 6 Februari, kesempatan diambil bertemu rakan-rakan ExMOZAC bersama keluarga dalam acara makan:
1. 3 Februari 2011 - Makan malam di Medan Ikan Bakar Umbai, Keluarga Razali, Rafie, Azahari Hussain di kedai keluarga Azlina Ramli (SPM 86)
2. 4 Februari 2011 - Sarapan di Ampang bersama Dahlan Daud yg dtg dari Singapura.Rakan-rakan yg ada selain Dahlan, Mohd Suboh, Abd Razak Dolah, Rosli Abdullah, Rafie dan Razali
3. 5 Februari 2011 - Makan tengah hari di restoran Al Rawsha Jln Kg Pandan - 3 keluarga, Dahlan, Rafie dan Razali
Wednesday, February 2, 2011
SELAMAT TAHUN BARU CHINA
Selamat Tahun Baru Cina kpd rakan-rakan bekas pelajar, bekas guru MOZAC, guru MOZAC dan pelajar MOZAC yang menyambutnya.
Mengunjungi keluarga Arwah Ustaz Hamdan pada 2 Februari 2011

Rakan-rakan sekalian. Alhamduillah, pada jam lebih kurang jam 12 tgh kami bertiga, saya, Shukor Hasan dan Ad Rahim Ahmad selamat tiba di rumah Arwah Ustaz Hamdan di Taman Resah Jaya, Tampin NS. Dalam kunjungan ini, kami telah menyampaikan sumbangan yg dpt dikumpulkan di kalangan kita dalam masa yg singkat berjumlah RM 1,350.00 kpd isteri Arwah. Isteri Arwah mengucapkan terima kasih kpd kita semua, di samping sumbangan tersebut, juga kerana masih mengingati Arwah dan juga keluarga Arwah walaupun telah lama meninggalkan sekolah.
Untuk makluman, anak Arwah Ustaz Hamdan 4 org semuanya. Yg sulung dah bekerja, dua org belajar di IPT (UKM dan kolej) seorang lagi belajar di IPG Melewar (Maktab Perguruan Melewar). Yg di UKM sekarang sedang buat master dalam bidang kimia.
Sama sama kita mendoakan semoga roh Allahyarham Ustaz Hamdan ditempatkan di kalangan org beriman dan anak2 Arwah berjaya dlm pelajaran. Amin
Sunday, January 30, 2011
Takziah untuk Keluarga ArwahUstaz Hamdan dan Arwah Sdr Iskandar



AL-FATIHAH. Warga MOZAC SPM 1980 mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah Ustaz Hamdan Kamarudin (bekas guru MOZAC) dan Sdr Iskandar (SPM 1982). Ustaz Hamdan dan Sdr Iskandar meninggal dunia pada 29 Januari 2011. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Arwah Ustaz Hamdan dan Arwah Iskandar dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin
Sunday, January 23, 2011
Takziah untuk keluarga Zainurin Ariffin exMOZAC SPM 80
Alfatihah. Takziah untuk Sdr Zainurin Ariffin sekeluarga di atas pemergiaan bondanya yang tercinta ke rahmatullah pada pagi 22 Januari 2011. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin
Takziah utk keluarga Arwah Dato Yaakob Ideris

Warga bekas pelajar MOZAC SPM 80 khususnya dan exMOZAC umumnya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Dato Yaakob Ideris yang kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat 14 Januari 2011 akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Didoakan juga semoga isteri dan anak perempuan arwah yang turut ditimpa kemalangan yang sama segera sembuh.
Amin