Tuesday, December 30, 2008

Takziah kepada Juliana

Takziah kepada Juliana Mohd Jali serta keluarga atas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah pada 30 Disember 2008 di Kuala Sungai Baru Melaka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah

Saturday, November 29, 2008

Salam daripada Rafie

Sdr Rafie dan isteri kirim salam kepada semua sahabat-sahabat bekas pelajar MOZAC Batch SPM 1980 khususnya, dan juga semua bekas pelajar MOZAC umumnya. Beliau dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu haji pada 30 November 2008, jam 7.30am penerbangan KT 93.

Sama-samalah kita mendoaka Rafie, Aziz Mohd Nor, Abd Rahim Ahmad, Shuraiya dan Hanim bersama pasangan dan keluarga masing-masing dapat menunaikan fardu haji dengan tenang dan diberikan kesihatan dan kekuatan. Semoga mendapat haji mabrur.
AMIN.

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Menduduki SPM 2008

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 kepada anak-anak warga bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka batch SRP78/SPM 80 dan juga kepada seluruh pelajar tingkatan 5 Sek Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka yang mengambil peperiksaan ini mulai minggu ini. Didoakan semua pelajar (termasuk juga ibu bapa) tabah menghadapi peperiksaan, dipermudahkan untuk ulang kaji dan menjawab soalan, dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada seluruh guru terutama guru MOZAC terima kasih atas segala usaha cikgu sekalian untuk mendidik pelajar-pelajar. Semoga segala usaha cikgu diberkati Allaw swt. Amin.

Wednesday, October 29, 2008

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI

Warga MOZAC Batch SRP78/SPM80 mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada rakan-rakan kita yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini. Sepanjang pengetahuan saya, mereka yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini ialah


Abdul Aziz Mohd Noor - telah berangkat, juga tugas rasmi, pasukan perubatan


Abdul Rahim Ahmad - penerbangan pada 3 November 2008


Shuraiya Hj Abdullah - penerbangan pada 20 November 2008


Hanim Kamari - penerbangan KT 86 pada 27 November 2008


Rafie Omar - penerbangan KT 93 pada 30 November 2008 jam 7.30 am





Kita mendoakan rakan-rakan kita dan pasangan/keluarga masing-masing mendapat haji mabrur, dan selamat pergi dan kembali ke tanah air dalam keadaan yang sihat dan selamat.
AMIN.
(Jika ada rakan-rakan tahu sesiapa lagi rakan kita yang pergi menunaikan fardu haji tahun ini, harap dapat maklum kepada saya - RAZALI)

Saturday, October 25, 2008

Jamuan Hari Raya di Kolej Ke-4 UM

Alhamdulillah, jamuan yang kita rancang telah dapat diadakan pada hari ini (25 Oktober 2008). Terima kasih kepada Dr Ahmad Salihin, isteri dan keluarga yang menjadi tuan rumah kepada pertemuan kita ini. Seramai 21 bekas pelajar SMSM batch kita telah dapat menghadirkan diri. Jamuan bermula jam sekitar 11.00 pagi. Hanim orang yang paling awal hadir bersama dengan dua orang anaknya, sebelum jam 11.00 lagi. Majlis kita ini sebenarnya dalam jam 4.30 ptg baru semuanya bersurai, walaupun dalam jadual asal disebut hingga pukul 2 sahaja. Ramai yang datang bawa keluarga bersama. Dalam ramai-ramai anak kat situ, anak sulong Kader dah 22 tahun....ada anak sesiapa yang lebih dari usia ini? Azahari Hussein? Johari Hassan? Mat Tompang? (Joseph tak yah kira le, bini dia yang 22 thn..he he, jgn marah Joseph!)
Makanan, Alhamdulillah, cukup semuanya, malah kita juga dapat menjamu pelajar di kolej keempat. Kiranya semua yang datang tu, kenyanglah. Tapi yang penting ialah dapat borak-borak terutama yang dah lama tak jumpa. Walau pun tak seramai semasa reunion dulu, tetapi tetap meriah.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah dapat meluangkan masa hadir dalam pertemuan ini. Kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan, InsyaAllah kita bertemu pada waktu yang lain nanti.
Sekali lagi terima kasih kepada Dr Ahmad Salihin, isteri dan keluarga yang telah bertungkus lumus menyediakan peralatan, tempat dan juga makanan.

Disertakan beberapa keping gambar. Gambar-gambar lain saya masukkan di dalam bentuk slaid.






Wednesday, October 22, 2008

Kisah SMS Muzaffar Syah di dalam Berita Harian 22 Oktober 2008

Berita tentang kecemerlangan SMS Muzaffar Syah Melaka telah diwar-warkan di dalam Berita Harian hari ini. Tahniah kepada Pengetua, guru dan seluruh pelajar yang menjadikan SMS Muzaffar Syah terus kekal dan bertambah cemerlang. Kami sebagai bekas pelajar MOZAC turut berasa bangga atas kejayaan dan kecemerlangan MOZAC.
Berikut petikan berita berkenaan yang dipetik daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Pendidikan/20081022081632/Article/index_html

Sekolah Terbilang: SBP cemerlang
Oleh Saadiah Ismail
upen@bharian.com.my

SMS Muzaffar Syah, Melaka catat pencapaian terbaik semua bidang


Salah satu gambar yang dimuatkan bersama-sama berita ini - PASUKAN orkestra MOZAC menyertai pertandingan Wind Orchestra.

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah, Melaka adalah antara sekolah menengah berasrama penuh (SBP) terbaik di Malaysia ketika ini. Kecemerlangannya bukan saja dalam bidang akademik, malah mencakupi kokurikulum sehingga menjadi model kepada sekolah lain....

....Pengetuanya, Baharuddin Burhan, berkata anugerah berkenaan diperoleh selepas sekolahnya menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan sehingga mencatatkan pencapaian terbaik dalam semua bidang, khususnya akademik....


Untuk dapatkan berita penuh, sila rujuk Berita Harian 22 Oktober 2008 atau laman web seperti dinyatakan di atas.

Thursday, October 16, 2008

Selamat Bertemu Abd Rahim, Roslan dan Mohd Fadzliah

Friends,

Great, semalam aku dapat 3 nombor telefon kawan kita. Hanim dpt Mohd Fadzillah Saleh, Syukur dpt Mat Rahim, dan Ghani Chemat confirmkan no tel Roslan Othman yang dpt daripada adiknya.

Abdul Rahim Ahmad now kat Jabatan Penuntut Luar Negara, KPT di Putrajaya
Roslan Othman di MINDEF.
Mohd FADZILAH Saleh kat UUM.

No tel or email mereka ada kat senarai pelajar yang ditemui kat bawah

Regards

Monday, October 13, 2008

Selamat Menduduki PMR 2008

Selamat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2008 kepada anak-anak warga bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka batch SRP78/SPM 80 dan juga kepada seluruh pelajar tingkatan 3 Sek Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka yang mengambil peperiksaan ini mulai 13 Oktober 2008. Didoakan tabah menghadapi peperiksaan, dipermudahkan untuk ulang kaji dan menjawab soalan, dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Friday, October 10, 2008

Welcome Back Azmi Hasim

Kita mengucapkan selamat datang atau selamat kembali ke pangkuan xmozac7680 kpd Azmi Hasim. Azmi org ke 103 "ditemui". tinggal 25 org lagi yang masih belum ditemui. Kalau ikut peratus dan 80.5% Target kita 100%.

Terima kasih atas usaha Azaharuddin Kassim yang ddapat menemukan kita dgn Azmi, dgn izin Allah. Sesiapa yang nak ke Melaka or orang Melaka nak ke KL, kalau singgah JJ Seremban tu, bolehlah call Azmi. Dia tinggal di Seremban2.

Razali 10 okt 08

Sunday, October 5, 2008

Welcome Back Saharuddin

Pada Hari Raya kedua kita dapat menambah seorang lagi rakan yang dapat ditemui, rakan yang ke-102. Terima kasih kepada Sdr Mazlan Md Thani yang telah dapat bertemu Sdr Saharuddin yang duduk sekampung di Merlimau.

Kepada Saharuddin, warga x-mozac7680 [form 1(1976) - form 5 (1980)] mengalu-alukan kehadiran sdr. Terima kasih kepada sdr yang telah memberikan respons awal di dalam Ruang Chat blog ini.

Kepada rakan-rakan, di sini saya paparkan gambar keluarga Saharuddin berbentuk kad hari raya yang telah dikirimkan melalui e-mail

Wednesday, September 17, 2008

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Warga bekas pelajar MOZAC Batch SPM 80 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM kepada adik-adik/anak-anak tingkatan 5 MOZAC yang sedang berlangsung sehingga 26 September ini. Semoga tabah menjawab soalan dan mendapat keputusan cemerlang sebagai persediaan memantapkan diri menghadapi peperiksaan SPM sebenar pada bulan Oktober nanti.
Kepada seluruh guru MOZAC teruskan usaha tuan/puan mendidik anak bangsa menjadi warga yang cemerlang. Semoga usaha cikgu-cikgu sekalian diberkati Allah swt.

Monday, September 15, 2008

NIBY dan Musharaka di dalam NST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kawan-kawan, pagi ini baru sahaja aku "on"-kan komputer, aku menerima panggilan telefon daripada Rafie. "Kau dah baca ke NST hari ini? Ada gambar kawan kita NIBY kat dalam paper tu...." Aku memang belum baca lagi akhbar hari ini, selalunya baca news online sahaja. Kepada sahabat kita NIBY tahniah dengan usaha sdr, dan semoga mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya yang diceburi. Berikut sedutan tentang artikel tersebut yang boleh diperoleh di dalam akhbar NST 15 September 2008, ruangan Business Times ms 33. Nak tengok online pun ok di http://www.btimes.com.my/Monday/Latest/11ISLAMVC-2.xml. Dipaparkan juga foto NIBY yang handsome tu..

Musharaka weighs tech-based firms

MUSHARAKA, the first Islamic venture capital fund, expects to invest in four technology-based companies by July next year.
Fund manager Musharaka Venture Management Sdn Bhd is currently evaluating four out of 10 proposals.

Musharaka managing director Nor Idzam Yaakub said the fund is assessing proposals from among technology, orthopedic trauma treatment, radio frequency and software companies.

"We are trying to close two deals in the shortest possible time. We expect to close four deals by July next year," he said in an interview with Business Times in Kuala Lumpur.

Thursday, September 11, 2008

Mohon Bantuan untuk Adik Adrianna

Salam Sejahtera,
Sahabat-sahabat, Basiron Jalil meminta tolong daripada saya untuk menghebahkan emel yang diterimanya berhubung rayuan bantuan untuk Adrianna di dalam blog kita. Emel ini adalah berkaitan rayuan bantuan drp seorang anak perempuan bernama Adrianna Alysya bt Mohd Hanib, 6 tahun, berasal dari KL. (Mungkin kita semua tidak kenal Adrianna dan keluarganya.) Beliau mengidap penyakit kronik jantung berlubang sejak dilahirkan. Setiap bulan beliau mendapatkan rawatan di hospital. Sehingga kini tunggakan yang patut dibayar oleh keluarganya kepada IJN mencapai RM 25,000.00.

Allah lebih menyayangi Adrianna. Beliau kembali ke rahmatullah pada 1 Ramadan bersamaan 1 September 2008 yang lalu di HKL. Semoga rohnya ditempatkan di tempat yang mulia.
Walau bagaimanapun, ibunya menyatakan bantuan kewangan masih diperlukan untuk melangsaikan bil arwah yang masih tertunggak. Semasa hidupnya, dalam rayuannya di dalam emel berkenaan, Adrianna meminta sekiranya sesiapa yang ingin menderma bolehlah memasukkan ke dalam akaunnya atau jika bayaran secara cek, boleh menghubungi ibunya. Memandangkan Adrianna telah pergi meninggalkan kita, oleh itu sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah terus menghubungi ibunya di talian 012-6580456 / 013-6953030.

Semoga bantuan yang diberikan di dalam bulan Ramadan ini dapat meringankan bebanan keluarga arwah Adrianna.

Yang menyampaikan,
Razali

Thursday, September 4, 2008

Hishamuddin Ibrahim sekarang berkhidmat di Riyadh

Diam tak diam, sahabat kita Sdr Hishamuddin Ibrahim telah mula berkhidmat di Kedutaan Malaysia, di Riyadh Arab Saudi sebagai Minister of Counsellor semenjak 26 Jun 2008 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Hishamuddin. Beliau ada menyatakan tentang perkara ini semasa Reunion kita di sekolah dulu. Keterangan lanjut berkenaan beliau boleh diperoleh melalui laman web www.kln.gov.my/perwakilan/riyadh/profile. Kita mendoakan semoga Sdr Hishamuddin sentiasa berada dalam keadaan sejahtera bersama keluarga di sana, serta dapat melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menaikkan imej negara.

Sdr Hisham semasa mengahdiri majlis Reunion kita pada 3 Mei 2008 yang lalu

Thursday, August 28, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Persatuan Bekas Pelajar Sek. Men Sains Muzaffar Shah Melaka akan mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM (anak yatim Pantai Puteri, anak yatim dan pelajar miskin Sek Muzaffar Shah Melaka, dan anak yatim bekas pelajar SMSM. Majlis ini akan diadakan pada 20 September 2008 bertempat di Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah Pantai Puteri, Tangga Batu,Melaka. Majlis bermula jam 6.00 ptg dimulai dengan majlis tahlil.

Marilah kita bersama-sama, bekas pelajar SMSM Batch SRP78/SPM80 menghadiri majlis ini pada hari dan masa seperti di atas.

Sekiranya sdr berhajat menyumbang wang kepada majlis tersebut terutama kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Persatuan Bekas Pelajar SMSM no 3995143334 (Public Bank). Selepas memasukkan sumbangan ke akaun tersebut, mohon kerjasama sdr sms nama dan jumlah sumbangan kepada Faris Umar hp: 012 3573300.

Untuk sumbangan berbentuk barangan bolehlah menghubungi terus Sdri Fuziah, Setiausaha persatuan (019-6965729) atau Sdri Azlina 019-6258106, atau sesiapa sahaja AJK Persatuan. Ataupun sdr boleh juga menghubungi saya melalui emel atau di talian 012-3043686/016-6834141 (Razali).

Sekiranya sdr. mempunyai maklumat mengenai anak-anak yatim warga xmozac, boleh juga dimaklumkan kepada saya untuk dipanjangkan kepada AJK Prersatuan.

Kehadiran warga-warga xmozac batch SPM80/SRP78 amat-amat dialu-alukan.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang tenang.

RAZALI AB. MALIK

Thursday, August 21, 2008

Puteri Jelitawan SMSM 1980-an

Kawan-kawan, bila ditatap gambar ni, cantik-cantik mereka ni rupa-rupanya, terutamanya yang ada bunga raya kat telinga tu..siapa dia ye..nak agak, nanti tersalah orang lak (sekarang pun masih cantik lagi!!!) Kenapalah dulu tak ngorat ye....ye le, dulu budak2 lagi mana tahu ngorat ngorat kan! He he, lebih-lebih lagi kawan setingkatan..

Thursday, July 24, 2008

Nubli Hashim jadi VIP kat SMS Melaka

Emel yang diterima daripada Sdr Rafie hari ini (24 Julai 08) memaparkan backdrop tentang majlis perasmian pemimpin pelajar di Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka. Backdrop tersebut tidak memaparkan tarikh, cuma tahun sahaja, 2008. Kalau tak silap tu memang Nubli sahabat kita, cumanya dia datang atau hantar wakil sahaja, tidaklah diketahui. Jika ada gambar yang tunjuk orangnya, barulah kita tahu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada sahabat kita, Lt Kol Nubli Hashim








Sunday, May 4, 2008

REUNION MERIAH, TAHNIAH SEMUA!


Syukurlah kerana reunion kita pada 3 Mei 2008 telah berjaya diadakan dengan meriahnya. Kehadiran bekas pelajar SMSM Batch SPM 80 adalah seramai 48 orang (senarai awal yg kata nak datang 52 org). Ini tidak termasuk Shukur Hassan yang terkandas di pertengahan perjalanan ke sekolah kerana keretanya rosak - kita turut bersimpati dengan peristiwa yang dialami oleh Shukur.
TAHNIAH KEPADA KITA semua yang sama-sama menjayakan reunion ini. Terima kasih atas komitmen yang diberikan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menguruskan makanan - Abd Razak Yassin, Busari Jabar dan Shaari Mohd Sani. Juga kepada Samad Anuar yang telah menyediakan buku program. Tidak dilupakan juga terima kasih atas kehadiran beberapa orang wakil Persatuan Bekas Pelajar yang di ketuai oleh YDP, Ali Kasmin. Juga kepada Sdr Baharudin Hassan, sebagai caterer. Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang telah membenarkan kita bertemu di sekolah yang telah banyak mengajar dan meninggalkan seribu kenangan.
Di dalam majlis ini juga kita telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1,040 dan didermakan kepada Persatuan Bekas Pelajar SMSM untuk tujuan ubah suai Rumah Persatuan.
Diharapkan pertemuan kita ini membawa kebaikan kepada kita semua dan menjadi memori yang menggembirakan. Semoga kita dapat menganjurkan lagi majlis ini dengan kehadiran yang lebih ramai dan meriah pada masa akan datang.

Saya bagi pihak rakan-rakan yang menganjurkan majlis ini, memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis kita.






Tuesday, April 15, 2008

DERMA RUMAH BEKAS PELAJAR


Rakan-rakan sekalian, untuk makluman pihak sekolah telah pun bermurah hati untuk memberikan bangunan yang terletak di hadapan seberang jalan rumah Pengetua SMSM (hampir-hampir pondok pengawal- lihat gambar) kepada Persatuan Bekas Pelajar. Sehubungan itu, pihak Persatuan bercadang menaik taraf bangunan ini, sekurang-kurangnya mendirikan dinding bagi bangunan ini, dan jika rezeki lebih bolehlah dipasang pendingin hawa. Sehubungan itu pihak persatuan memerlukan bantuan dan sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian untuk menaik taraf rumah persatuan ini. Sumbangan minimum RM 15.00 iaitu harga sekampit simen boleh disalurkan ke akaun persatuan Public Bank Berhad 3995143334 atas nama "Persatuan Bekas Pelajar SMSM".

Untuk maklumat lanjut, shabat boleh menghubungi Sdr Rafie Omar 019-2864 737.
(Gambar bangunan ihsan Sdr Rafie Omar)

Tuesday, April 1, 2008

SENARAI SAHABAT PADA 13 Mei 2008

Bro. & Sis,
Setakat hari ini senarai nama rakan kita yang telah dapat dihubungi telah pun mencapai 94 orang, berbanding 64 orang pada 8 April 2008 lalu. Terbaru ialah Mazlan Mohd Tani, Anita Sulaiman, Adlina Hashim, Noorhayati Hamzah, dan juga rakan kita yang sekarang berada di USA, Azhari Majid. Now, kita ada 2 wakil di peringkat antarabangsa, iaitu Basiron dan Azhari Majid. Mazlan Dewa, khabarnya berada di Rusia, tetapi masih belum mendapat emelnya.

Senarai nama yang ada pada saya ialah 125 orang (mungkin ada lagi yang saya tertinggal). Ini bermakna peratus mereka yang telah dapat dihubungi ialah 75.2% (94 orang). Mudah-mudahan sasaran kita untuk mendapat 100% nama dan nombor hubungan kawan-kawan bekas pelajar SMSM SPM 1980 akan tercapai. Ini memerlukan kerjasama daripada kita semua. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai nombor telefon, alamat atau emel mereka bolehlah emelkan kepada saya.

Salam

016 6834141 / 012-3043 686

Sunday, March 23, 2008

Sumbangan Gambar dah hubungi rakan

Rakan-rakan

Gambar yang ada di sini buat masa ini adalah gambar yang ada dalam stok saya. Banyak lagi di kampung dan juga dari rakan-rakan. Oleh itu saya berharap jika rakan-rakan boleh memberi sumbangan gambar untuk dimasukkan di dalam blog ini. So minta maafl kalau semua gambar ada muka saya. Bila dapat gambar dari rakan-rakan nanti saya masukkan. Sila emelkan kepada saya razalimalik@yahoo.com.

Selain itu sdr boleh memberikan maklumat rakan-rakan lain. Sila berikan no telefon mereka. Selain itu, jika ada, berikan alamat emel dan alamat tempat kerja/rumah. Kita sedang berusaha melengkapkan pangkalan data batch kita. Hanya kerjasama daripada rakan-rakan usaha ini dapat dijayakan.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT BERTEMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffaar Syah Melaka
(masa kita dulu 1976, form 1 - 1980 form 5 dikenali Sek. Men. Sains Melaka),

Blog ini didirikan adalah untuk mengeratkan kembali tali persahabatan kita yang sedia terjalin semenjak berada di Mozac dulu (sekarang sekolah kita lebih dikenali dengan panggilan Mozac). dari mula sekolah ditubuhkan pada tahun 1976 sehinggalah kita mengambil SPM tahun 1980.

Melalui laman ini, diharapkan kita dapat mengetahui perkembangan terbaru rakan-rakan setingkatan kita (saya pun dah lupa berapa orang - kena tengok majalah sekolah semula, kalau ada lagi le).

Al-fatihah untuk rakan-rakan kita yang telah kembali ke rahmatullah.

Sekian untuk masa ini

Razali Ab Malik
razalimalik@yahoo.com

Majlis MOZAC 35 TAHUN 1 Mei 2011

Majlis MOZAC 35 TAHUN 1 Mei 2011 Siri 2

Majlis ExMOZAC bersama Bekas Guru MOZAC 15 Mei 2010

Majlis ExMOZAC bersama Bekas Guru MOZAC 15 Mei 2010
Sila klik pada gambar di atas untuk melihat gambar yang lain

Nostalgia: 1976 - 1980

Gambar Reunion 3 Mei 2008

Gambar Reunion 3 Mei 2008
Klik pada gambar di atas untuk gambar yang lain

Bekas Pelajar SPM 1980 (119 org sehingga 1 Mac 2014)

  • A. Lokman A. Ghani (Shah Alam. lokman.arsb@gmail.com)
  • Abdul Ghani Che Mat (Johor Port. aghani@johorport.com.my)
  • Abdul Kader Abdullah (Telekom. kader@tm.com.my)
  • Abdul Latif Ahmad (Bandar Tasik Selatan, KL)
  • Abdul Malek Talib (Johor Land. malek@dasb.com.my)
  • Abdul Rahim Ahmad (aim16663@yahoo.com; rahimamd@mohe.gov.my; Putrajaya
  • Abdul Rahman Mohamad (arahmohd@tm.net.my)
  • Abdul Rashid Abdullah (JKR abrashid@jkr.gov.my)
  • Abdul Razak Ali ( arma63mlk@yahoo.com)
  • Abdul Razak Dolah (aqaros@hotmail.com)
  • Abdul Razak Mohd Yassin (Melaka. ryassin@)ap.ansell.com
  • Abdul Samad Anuar (JB. emel: titiemas@yahoo.com)
  • Abdul Shukur Hassan (TNB - shukur@tnb.com.my).
  • Adlina Sulaiman
  • Ahmad Bakhi Hamdan (ahmadbakhi@takaful-ikhlas.com.my)
  • Ahmad Md Ali (ahmadmdali@gmail.com)
  • Ahmad Salleh Kahar
  • Amran Wahid (Sg Siput, Perak. amran.wahid@simedarby.com)
  • Anita Sulaiman (anitasul@streamyx.com)
  • Anna Yap (annayap215@hotmail.com))
  • Anuar Abdul Rahman (anuarar@petronas.com.my)
  • Azahari Hussain (EON JB. azaharihussain@yahoo.com)
  • Azhari Majid (zhari63@yahoo.com. East Lansing, Michigan)
  • Azharudin Md Kassim (Prestigious Discovery S/B, Wangsa Maju. azx@viscon.com.my)
  • Azidah Hashim (azidah_hashim@yahoo.com)
  • Aziz Mohd Noor (Hospital Melaka.)
  • Azizi Hashim (Wisma Tani Putrajaya. azizie@msn.com)
  • Azman Abd Raoh (Menara Maybank KL)
  • Azmi Hasim (Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Taboh Naning, Alor Gajah Melaka. azmi@adtecmlk.gov.my)
  • Badariah Hassan (Sinar Fahana, badariahalya@yahoo.com)
  • Baharudin Baba (Kedah. baharuddin@moh.gov.my
  • Baidah Bujal (SMK Padang Temu)
  • Balan Angamuthu (Mitra Tours & travel, KL. balan8076@yahoo.com)
  • Barlak (Melaka; barlakt76@hotmail.com)
  • Basiron Jalil, (Petronas - bbjuht@yahoo.com)
  • Busari Jabar (Rumah di Melaka. Petronas. busari_jabar@petronas.com.my)
  • Dahlan Daud (S'pore. dahlan_daud@yahoo.com.sg )
  • Datuk Dr Rohan Malek (Urologi - Hospital Selayang.)
  • Daud Ibrahim (Melaka. Teras World Melaka. daud_san@yahoo.com.my)
  • Dr Abdullah Samat. Pensyarah Kanan UKM. nature@pkrisc.cc.ukm.my
  • Dr Ahmad Salihin Hj Baba (UM. asb0308@yahoo.com)
  • Dr Ismail Jantan (Klinik Ismail dan Surgeri, 1684, Kuala Sg Baru)
  • Dr Korina Rahmat (Pakar Buah Pinggang, Hospital Melaka)
  • Dr Lee Soon Heng (Klinik di Banting. lee63@tm.net.my)
  • Dr Liu Chian Ming (cmliu@hotmail.com)
  • Dr Low Chien Fann (Klinik di KL. chienfann@yahoo.com)
  • Dr Mazalan Kamis (mazalan.kamis@gmail.com)
  • Dr Sabirin Jaafar (sabirin_fairuz@yahoo.co.uk)
  • Fatimah Kasin (Sg Petani. fatimahkasin@yahoo.com)
  • Halimatussaadiah Salleh(halimatussaadiahs@gmail.com. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka)
  • Hanim Kamari (Cheras, Kuala Lumpur. hanim_kamari@rocketmail.com)
  • Hasbullah Ibrahim (Melaka)
  • Haslinda Osman (Public Bank HQ Jln Ampang, haslinda@publicbank.com.my)
  • Hishamuddin Ibrahim (Wisma Putra. hishamib@kln.gov.my)
  • Ismail Kamis (Jabatan Matematik UTM, ik@mel.fs.utm.my)
  • Jamaliah Nor Abdul Rahman (jnor_rahman@yahoo.com)
  • Jeniffer Chong (jennifer.chong@infineon.com)
  • Johari Hassan (logicraft@lycos.com)
  • Joseph Chua (Deputy General Manager, Genting Entertainment,11th Floor Wisma Genting, Jln Sultan Ismail, 50250 KL. joseph.wenghung.chua@genting.com
  • Juliana Mohd Jali (Shah Alam. julianajali@gmail.com)
  • Kamaruzaman Abdol Rahim (Perbadanan Putajaya, kamaru@ppj.gov.my)
  • Khairuddin Othman
  • Khairuddin Zainal Abidin (hitachi, Bangi. khairudin.za@gmail.com)
  • Laili Nordin (Melaka)
  • Lee Chong Fong (Singapura. leechfong@yahoo.com.sg)
  • Lim Chee Ming (cm.lim@medisenseasia.com)
  • Mahadi Junid (Kuala Lipis)
  • Mat Tompang (Melaka)
  • Mazlan Dewa (mazlan.dewa@bakerhughes.com)
  • Mazlan Mohd Thani (mazlanmohdtani@yahoo.com. Lembaga Pertubuhan Peladang, Kluang)
  • Mohammad bin Mohd Yusof (mohamay@petronas.com.my))
  • Mohd Fadzilah Saleh (Universiti Utara Malaysia. mofas@uum.edu.my)
  • Mohd Isa Ibrahim (KBS PPinang. mdisa@kbs.gov.my
  • Mohd Suboh Yunos (Maybank KL. msy@maybank.com.my)
  • Mohd Zin Jantan (TM Kelana Jaya; mzin@tm.com.my)
  • Mohd Zulastri Mohd Amin (PLUS. zulastri@plus.uemnet.com)
  • Muhd Zazilah Mat Razuky(zazilah63@gmail.com)
  • Musa Kassim
  • Narziah Abd Rahim
  • Nasiruddin Kamaruddin (KL. Nasiruddin.Kamaruddin@sc.com)
  • Noorakmal Wahid (Felcra Bhd Kuala Medang, 27650 Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang)
  • Noorazman Mohd Yusoff (yusof_azman@yahoo.com)
  • Noorhayati Hamzah (Polisas, Kuantan. hayatihamzah@yahoo.com)
  • Nooridzam Yaakob (KL.noridzam@gmail.com)
  • Noraziah Abdul Wahid (Melaka. azie_wahid@yahoo.com)
  • Norazmawati Bachik
  • Norhaliza Yunos (Putrajaya. liza21082000@yahoo.com. )
  • Norriah Abdul Rahman (Melaka)
  • Noryati Che Man (cheman_noryati@yahoo.com)
  • Norzlan Md Ali (UMG Corporate Consultants Tasik Utama Ayer Keroh. norzlan@umg.com.my)
  • Nubli Hashim (nublihashim@msn.com)
  • Nur Haniza Abdul Hamid (Tampin)
  • Rafie Omar (Amanah Raya KL. rafie@arb.com.my)
  • Razali Ab. Malik (Segambut. razalimalik@yahoo.com)
  • Roshdan Md Diah (LHDN Muar)
  • Rosilah Said (TTDI Shah Alam. rosilahms@gmail.com)
  • Roslan Othman (MINDEF. lanapai@yahoo.com.my)
  • Rosli Abdullah (Sime Darby Shah Alam. rosli.abdullah@simedarby.com)
  • Rosmonai Dollah (Guru di SMK Rahmat, Kuala Sg Baru)
  • Rozali Said (Agensi Maritim)
  • Rozilah Salleh (Palace of Justice Putrajaya. rozilah@kehakiman.gov.my)
  • Rusmi Alias (Pensyarah UiTM Shah Alam. rusmi@salam.uitm.edu.my)
  • Saharuddin Shaari (saharuddin_shaari@yahoo.com atau saharuddin.pjv@epmb.com.my)
  • Salehuddin Omar (Melaka. hodomar@gmail.com)
  • Samsulaiman Abdul Rahman ( Sek Tinggi Melaka)
  • Shaari Md Sani (Melaka.shaarimohdsani@yahoo.com)
  • Shahrom M. Nor (Klang.email: shahrom.armeats@gmail.com
  • Shamsiah Mohd Jani (SMKA Sultan Muhammad, Bt Berendam Melaka.)
  • Shuraiya Hj. Abdullah (MAS Kelana Jaya. shue_zac@yahoo.com)
  • Sohaime Abdullah (KL. Petronas. sohaime@petronas.com.my)
  • Suhaila Ibrahim (ssrkb63@tm.net.my))
  • Sulaiman Hassan (solo2002my@yahoo.com. Kolej Tunku Jaafar)
  • Syed Ridzuan (KL. syridzuan@yahoo.com)
  • Yusli Mohamad (Klang. yusli_mohamed@yahoo.com)
  • Zainurin Arifin (UKM Bangi. imarez_63@yahoo.com)
  • Zamrah Bongsu (Inst Perguruan Melewar Seremban. umairah_qurratuain@yahoo.com.my)
  • Zarina Mustaffa
  • Zulkifli Jamaluddin (Shah Alam. zbj542@streamyx.com)
  • Zulkifli Wahab - ZULWA (Penang. zulkipli.wahab@opusbhd.uemnet.com)
  • Zurinah Ahmad Tarmizi (zurinah@mepscash.com)
  • Zz Arwah Wan Ahmad Zailani (Al Fatihah)
  • Zz Arwah Zainul Baharin Baharom (Al-fatihah)
  • Zz Arwah Zawawi Wahid (Al Fatihah)

BEKAS PELAJAR YANG MASIH BELUM DAPAT DIHUBUNGI (8 org)

  • Fauziah Ramli
  • Hassan Abdul Latif
  • Mohd Shah Zainal
  • Norliah Bachik
  • Ramli Hassan
  • Ramli Mohd Ali
  • Rosyati Hanifa
  • Sharipah Kassim

Pertama kali Ragbi Johan Melaka 81-masa ni Razali dan Lan Dewa dlm Matrikulasi

Pengakap camping Pulau Besauuu. Paling kiri - Yusli & Shahrom. Juga ada arwah Zainul, Shaari, Azahari Hussien dan Lim Chee Ming

Bad Co relaks je, boleh cekak pinggang lagi

Masa ni, Yusli masih malu bergambar! Tunduk jee

13thn + 31 thn lalu = 44 dah kita

32 tahun lalu