Tuesday, December 29, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Anak Cikgu Hj Abd Razak Abd Rahman

Kawan-kawan ExMOZAC,Cikgu Hj Abd Razak Abd Rahman dan isteri menjemput kita, pelajar ExMOZAC ke Majlis Perkahwinan anak lelakinya pada 17 Januari 2010. (Click pd gambar untuk lihat saiz yg lebih besar, jika tidak boleh, right click pd mouse dan "save image as")

Monday, December 28, 2009

Tahniah kpd Guru MOZAC dan Cikgu Mohamad Abu/Rosnaini

Tahniah kepada Pengetua dan Guru Exmozac atas kejayaan cemerlang MOZAC dalam PMR 2009. Saya difahamkan seramai 81 pelajar yang menduduki PMR mendapat straight As. Tahniah juga kepada pelajar yang menduduki PMR 2009. Usaha guru akan tetap dikenang, dan teruskan kecemerlangan MOZAC.

Tahniah juga kepada Cikgu Mohamad Abu dan Cikgu Rosnaini Jantan yang menerima menantu pada Ahad, 27 Disember 2009. Saya berkesempatan ke rumah Cikgu Mohamad Abu/Rosnaini pada kenduri tersebut di Taman Kenanga, Kampung Lapan, Melaka. Sempat juga berjumpa dengan beberapa bekas cikgu kita dan junior exMozac. Dengar khabar, lepas ni Cikgu Razak pulak yang menerima menantu..tapi saya tak pasti lak Cikgu Razak yang ajar kita Seni Perusahaan/Volleyball or maybe cikgu Razak yg lain ke. Apa pun, kepada Cikgu Mohamad Abu/Cikgu Rosnaini semoga mendapat cucu yang ramai dan bahagia seisi keluarga.

Sekian.

Friday, December 25, 2009

Pertemuan di Mandy Villa, Segambut, KL

Alhamdulillah, sepertimana yang dirancang beberapa rakan telah hadir ke rumah saya bermula jam 3 ptg pada 25 Disember 2009. Seronok dapat berkumpul lagi, dan dtg membawa keluarga bersama. Yang hadir Hj Rafie, Hj Azhari Hussein, Hj Azaharuddin, Dahlan Daud, Nuridzam Yaakob, Abd Rahim Ahmad dan Azizi Hashim. Terima kasih kpd rakan-rakan yg dapat hadir dan turut membawa makan. Kari kepala ikan yang Rafie bawa memang dinikmati bersama oleh semua orang, begitu juga murtabak Singapura yang dibawa oleh Dahlan dan isteri terus dari Singapura. Kepada yang tidak berkelapangan, InsyaAllah lain kali boleh atur lagi pertemuan begini di rumah saya, atau rumah sesiapa saja. Terima kasih juga kepada rakan dan keluarga yang membawa makanan bersama. Segala kekurangan sayai, steri dan anak-anak mohon maaf.
Sekian, Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi. Razali

Sunday, December 20, 2009

Pertemuan Rakan di JB dan Singapura pada 18/19 Dis 09


Rakan-rakan,
Alhamdulillah, program "family trip" ke JB dan Singapura telah selamat diadakan. Walaupun cuma dua keluarga dari KL dan luar JB/Singapura yang dtg iaitu saya dan Haji Rafie, pertemuan in sungguh meriah dan penuh bermakna. Pada hari Jumaat, 18 Dis, dengan usaha rakan di JB yang diketuai oleh Haji Azahari dan Ghani Chemat, pertemuan dengan beberapa rakan exMozac yang berada di JB telah diadakan di Restoran terapung di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Yg hadir ialah Azahari Hussein (SPM80), Ghani (SPM80), Mazlan Thani (SPM80), Yunus Md Seh (SPM81), Zulkifli Ariffin (SPM 81), Abd Rahim Sidek (SPM82) dan Hisham Chonel (SPM83). Ini juga bertemu Mazlan Thani semenjak tamat SPM.
Pada 19 Dis pula, setelah bersiar-siar di kota Singapura, pada pukul 6 ptg saya dan keluarga,Rafie dan keluarga, Lee Chong Fong dan Azahari dan keluarga bertandang ke rumah Dahlan daud di Woodlands, Singapura. Pertemuan ini memang meriah sungguh, lebih-lebih lagi bertemu Chong Fong pertama kali semenjak meninggalkan sekolah pada tahun 1980. Memang banyak cerita lama yang bualkan sambil didengar oleh isteri dan anak masing-masing. Terima kasih juga kepada isteri Dahlan dan anak-anak yang menyediakan juadah rojak Woodlands dan soto...memang sedap sungguh. Cukup sekadar ini, kalau nak coret lagi, memang banyak.

Sekali lagi terima kasih kepada Dahlan, Haji Azahari, Ghani Che Mat yang mengatur program ini di JB dan Singapura.





Friday, December 11, 2009

SELAMAT KEMBALI DARI TANAH SUCI

Kawan-kawan,
Berikut ialah nota dan gambar daripada Haji Azahruddin Kassim yang diterima melalui email.

From Hj Azaharudin:
Satu perjumpaan exSMSM80 telah berjaya diadakan pada 23Nov dengan kehadiran seramai 3 orang bekas pelajar 5A2 di Felda d'Saji SafwahTowers beserta 3 keping roti canai , 2 teh tarik dan 1 mango juice. Majlis diserikan dgn kehadiran oleh Deputy Head of Mission, Embassy of Malaysia di Saudi Arabia bersama anak beliau.

Dari kiri Hj Hishamudin, Hj Mohd Md Yusof dan Azharuddin.

Hj Kader Abdullah telah juga dpt dikesan tetapi kemudian menghilang -mungkin sibuk. Sahabat lain yg belum dikesan adalah Hj Nasiruddin, Hj Ahmad Bakhi dan Hj Ismail Kamis.

Pergerakan jemaah Malaysia ke Arafah bermula Rabu pagi 25Nov.

Sekian laporan dari Mekah. Salam pd semua.

Az Kassim @ mobile

Monday, October 26, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI





Kita mengucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada rakan-rakan exMOZAC Batch SPM80 iaitu Azharudin Kasim (telah berangkat ke Mekah pada 25 Okt 09), Ahmad Bakhi Hamdan (telah berangkat ke Tanah Suci), Abdul Kader (flight pada 7 Nov 09), Mohamad Mohd Yusof (12 Nov 09, Ismail Khamis (15 Nov 09) dan Nasirudin Kamarudin (16 Nov 09). Mungkin ada beberapa rakan kita yang akan pergi..kalau ada sesiapa tahu, boleh maklum kepada saya.

Juga kepada seluruh warga exMOZAC dan guru MOZAC yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini.

Semoga rakan-rakan semua dan pasangan selamat dalam perjalanan dan mendapat haji mabrur. Amin

Sekian..RAZALI

Friday, October 23, 2009

Sesi Teh Tarik di Setia Alam 23 Oktober 09

Tarikh 23 Oktober 2009, sepertimana yang dirancang dan diusahakan oleh Joseph, maka bertemulah beberapa rakan di kalangan ExMOZAC Batch SPM 80 di Setia Alam. Pertemuan bermula dari jam 4.30 ptg lagi. Tempat ini dipilih bagi memberi peluang rakan-rakan yang bekerja di sekitar PJ/SJ/SAlam bertemu, di samping mengalukan kedatangan rakan yang lain. Memandangkan tempat ini dipilih oleh joe (sebab hampir dgn rumahnya), maka dengan bermurah hati dia jadi sponsor makan dan minum...TQ Joe. Rakan-rakan yang hadir, selain Joseph, ialah Zurina Tarmizi, Keegan, Rusmi, Rosli Abdullah. Aku tiba lewat sikit iaitu dalam pukul 6.00 ptg, sebab dari Putrajaya. Kira aku le yang paling jauh.

Yang paling menggembirakan, selain dapat berjumpa sekali lagi Joe, Rusmi dan Keegan setelah setahun pertemuan di Melaka, ialah dapat bertemu Rosli (kali terakhir aku bertemu dia ialah pada 2003, now selain rambur masih lebat, misai pun makin lebat)..dan Zurina (kali pertama aku bertemu semenjak 1980). Alhamdulillah tak lupa bawa kamera, jadi dapatlah memasukkan wajah Zurina dan Rosli dalam slaid "Wajah Selepas 29 tahun" dalam blog kita.

Bila bertemu ni, cerita cerita lama semasa di sekolah, dan juga masa kini tentang kerjaya masa kini dan keluarga menjadi bahan sembang. Semasa sembang dapat juga bercakap telefon dgn Juliana (yang tinggal di Glenmarie) dan Suraya (SJ). Maka timbul cadangan next teh tarik session diadakan di SJ area Subang Parade, berhampiran rumah Juliana, Suraya dan Zurina.

Kami Batch SPM 80 juga mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada rakan2 kita yang akan menunaikan haji pada tahun ini iaitu Azharudin Kasim, Kadir, Mohamad Mohd Yusof dan Nasirudin Kamarudin. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Disertakan gambar semasa teh tarik session (Kalau rasa kecil gamabr ni, dan nak besarkan, click pada gambar berkenaan).







Monday, October 19, 2009

Jamuan Raya ExMozac 17 Oktober 2009

Jamuan Raya ExMOZAC anjuran Persatuan Bekas Pelajar MOZAC telah berjaya diadakan pada 17 Oktober 2009 dari jam 8.00 malam di Rumah Persatuan (di sekolah). Menu special malam tu ialah kambing bakar dan kari kambing. Ramai juga rakan yang datang daripada pelbagai Batch. Ada juga bekas cikgu dan cikgu MOZAc hadir termasuk Pengetua sekarang. Cikgu yang mengajar kita dulu yang hadir ialah Cikgu Bistamam. Sehingga jam 11 lebih pun ada yang masih datang. Aku sendiri balik dalam pukul 1.00 pagi...

Kalangan batch kita yang hadir seramai 12 orang, Abd Ghani Che Mat, Abdul Shukor Hasan, Azaharudin Kasim (akan berangkat ke Mekah pada 26 Oktober 2009), Abd Razak Dolah, Prof Madya Dr Ahmad Salihin, Azman Abdul Raoh, Haji Aziz Mohd Noor, Azizi Hashim, Haji Rafie Omar, Dr Sabirin Jaafar, Syed Ridzuan dan Razali Malik. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang. Cuma kali ni aku terlupa nak bawa kamera..nanti kalau dapat gambar dari rakan yang lain, aku letakkan di sini.

Tahniah dan terima kasih kepada YDP dan AJK Persatuan Bekas Pelajar MOZAC yang menganjurkan majlis ini. Terima kasih juga kepada cikgu yang sudi datang ke majlis ini.

Sekian

Sunday, October 18, 2009

Tak ingat Badin dan Zurinah?

Seperti yang kita maklum, pada bulan Ramadan/Syawal ini kita telah dapat menghubungi dua rakan kita lagi iaitu Sdr Badin dan Sdri Zurinah. Ada yang yang dah lupa wajah Badin dan juga Zurinah. Ada yang tanya saya mana satu Badin dan Zurinah...kalau saya terangkan pun sukar nak mengingati semula.

Jadi untuk mengembalikan nostalgia, saya sertakan gambar kedua-dua mereka di sini, Badin dan Zurinah...tentunya gambar semasa di sekolah dulu.. tahun 1980, jadi bolehlah ingat. Kalau beri gambar sekarang mungkin dan berubah, lagipun saya tidak ada gambar terbaru kedua-dua mereka.

Gambar pertama..diambil sebelum pelajaran jasmani..Badin berdiri di belakang keempat dari kiri.

Gambar kedua...seingat saya Zurinah yang berdiri di antara Anna Yap denga Suhaila.

Kalau gambar terlalu kecil..click saja pada gamabr itu untuk lihat yang bersaiz besau.


Thursday, October 15, 2009

HAPPY DEEPAVALI

Happy Deepavali kepada rakan-rakan ExMozac serta cikgu dan murid MOZAC yang beragama Hindu yang akan menyambutnya pada 17 oktober 2009. Batch kita (SPM 80)seingat saya dua orang saja...Balan dan Barlak.

Ada sesiapa yang contact no Barlak?

Wednesday, October 14, 2009

Masa Pertemuan Raya 17 Oktober dipinda

Friends

Masa pertemuan raya Persatuan ExMOZAC pada 17 Oktober 2009 telah dipinda ke 8.00 malam. Tarikh dan tempat kekal sepertimana yang dirancang.

Sekian. RAZALI

Friday, October 2, 2009

Selamat Bertemu Kembali Zurinah Ahmad Tarmizi

Alhamdulillah berkat berpuasa di bulan Ramadan , dalam bulan Syawal yang mulia ini kita telah bertemu dengan dua orang lagi rakan kita. Terkini ialah Zurinah Ahmad Tarmizi. Tentu semua masih ingat beliau yang berada di kelas 5A1 tahun 1980.

Kepada Zurinah, kami semua berasa bangga dapat bertemu kembali ... sebagai ahli keluarga exMozac SPM 1980. Semoga kita dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita dan juga keluarga masing-masing...dalam usia menjangkau 47 tahun ni.

Sekian, RAZALI

Saturday, September 26, 2009

Selamat Bertemu Kembali Baharuddin Baba (Badin)

Alhamdulillah, sempena hari raya ni, kita bertemu seorang lagi rakan kita yang selama ini memang dicari. Now kita dah jumpa 109 orang, yang masih belum ditemui lagi 19 orang.

Selamat datang kepada sahabat kita, Baharuddin Baba...katanya sekarang dah menetap di Kedah. Semoga nanti kita dapat wajah terkini Badin. Mungkin ada yang dah terlupa mana satu Baharudin ni ye. Kalau sukan tu, kalau tak silap selalunya petang-petang dia main takraw. Kampungnya di Batu Berendam, tak silap dekat dengan Airport Batu Berendam. Dulu kelas mana....ntah aku pun tka berapa nak ingat. Ada kawan-kawan yang ingat?

Sekian.


Thursday, September 24, 2009

Bertemu Suboh Yunus di hari "mantai"

Salam Sejahtera,

Hari ini hari raya kelima. Saya rasa masih ramai lagi rakan-rakan yang menyambut Aidil Fitri di kampung masing-masing...sama ada berhari raya di rumah ibu bapa ataupun di rumah mentua memandangkan sekolah masih lagi bercuti. Bagi rakan-rakan yag sudah kembali bertugas, tentunya sudah tiba di rumah masing-masing. Saya sendiri perlu balik ke KL pada hari ini (Khamis) memandangkan anak kedua saya yang kini menuntut di matrikulasi UIA Nilai, NS akan menduduki peperiksaan akhirnya mulai esok (Jumaat). Rasanya hanya UIA sahaja yang sudah memulakan pengajiaannya selepas cuti raya mulai semalam. Kebanyakan IPT saya rasa masih bercuti dan akan mula pengajian mulai Isnin hadapan.

Cuti hari raya ini, Alhamdulillah segala berjalan baik. Cuma nak ceritakan di sini ialah saya bertemu sahabat kita iaitu Mohd Suboh Yunus di pagi hari akhir Ramadan (org NS namakan hari sehari sebelum Hari Raya, hari "mantai"). Semasa itu, nak beli daging di Lubok Cina, NS (simpang nak masuk Kota, NS)..kiranya sempadan NS/Melaka. Memang tak perasan langsung yang culik-culik saya tu Suboh...sebab dari pandangan mata saya wajah dia masa sekarang dan masa sekolah dulu memang jauh berbeza. Masa salam dia pun memang tak kenal, sehinggalah dia sendiri yang memperkenalkan diri dia "Suboh". Minta maaflah Suboh, memang tak kenal langsung...maklumlah sejak lepas sekolah (1980) sehinggalah pada 19 Sept 2009 baru bersua muka. Memang lain langsung wajah kawan kita ni...kiranya lebih handsome le, he he. (Cumanya keadaan masa tu agak sukar nak ambil gambar dia walaupun bawa handset..kalau tidak kawan-kawan yang tak pernah jumpa dia boleh juga tgk muka dia).

Pada tahun ini belum ada rancangan lagi nak buat perjumpaan hari raya di kalangan batch kita..yang ada ialah kita joint sekali dengan Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar MOZAC. InsyaAllah akan diadakan pada 17 Oktober 2009. Maklumat lanjut tentang jamuan ini ada dinyatakan di blog ini. Harap di kalangan batch kita, ramailah yang datang..tak kiralah dari Melaka, Johor, NS, KL, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dll. Saya rasa Azhari Majid dah pun pulang ke Malaysia dari US. Harap-harap dapatlah bertemu dengan dia dan rakan-rakan lain yang sudah lama kita tak bertemu. Kawan-kawan yang datang behari raya di rumah saya di Segambut, boleh sahaja....beritahu aje, InsyaAllah tiada masalah.

Akhirnya, sekali lagi saya dan keluarga mohon maaf di hari yang mulia ini. Kepada rakan-rakan yang hendak balik ke rumah selepas bercuti hari raya, pandu hati-hati bersama keluarga masing-masing.

Sekian, salam

RAZALI

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan exMOZAC yang beragama Islam. Saya juga ingin memohon maaf - zahir dan batin - sempena hari yang mulia ini.

Bersama-samalah kita saling kunjung mengunjung untuk mengeratkan silaturrahim. Bagi kita yang tidak sempat ke rumah rakan ExMozac, bolehlah berjumpa di Majlis Hari Raya ExMozac yang akan diadakan di Rumah Persatuan ExMOZAC. Dengarnya, majlis ini juga menjemput bekas guru MOZAC. Majlis ini juga terbuka kepada rakan-rakan yang tidak menyambut Hari Raya seperti Joseph, Balan, Jeniffer, Lim, Dr Liu, Anna dan lain-lain.

Semoga selamat dalam perjalanan balik ke kampung.

Maaf Zahir Batin

RAZALI

Monday, September 14, 2009

Program Iftar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah




Alhamdulillah, program berbuka puasa anjuran Persatuan Bekas Pelajar MOZAC bersama anak yatim Fatimah Al-Zaharah telah selamat diadakan pada 12 September 2009 (Sabtu). Tahniah diucapkan kepada JK Persatuan Bekas Pelajar yang diterajui oleh YDP Persatuan, Sdr Ali Kasmin dan juga rakan-rakan lain yang menguruskan majlis ini. Rakan-rakan Batch 80 yang hadir ialah Tn Haji Rafie Omar, Tn Haji Azahari Hussein, Tn Haji Aziz Mohd Noor, Zulkifli Jamaluddin (Keegan) dan saya (Razali Ab Malik).

Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah terletak di Bukit Katil menempatkan 84 orang anak yatim, kesemuanya perempuan. Pada majlis ini duit raya dan hamper telah diberikan kepada kesemua 84 orang penghuni kompleks ini. Di samping itu, sumbangan duit raya dan hamper juga diberikan kepada anak-anak Arwah bekas pelajar MOZAC. Anak-anak yang hadir ialah anak Arwah Nidzam Samat (2 orang), Arwah Sharizal (seorang), Arwah Hasliza Rasul (seorang) dan Arwah Hasbullah (2 orang). Masing-masing datang dengan ibu atau bapa. Kecuali anak Arwah Shahrizal yang datang bersama datuk dan neneknya...sebenarnya anak Arwah Shahrizal yatim piatu. Beliau kehilangan ibu dan bapanya yang meninggal dunia dalam tragedi bas terbakar. Sedih juga bila mendengar cerita tentang Puteri (anak Arwah Shahrizal) drp Tn Haji Rafie Omar .... apabila menziarahi kubur bapanya, Puteri mengorek-ngorek tanah kubur bapanya, dan menanamkan chewing gum..sebab katanya "Ayah suka makan chewing gum".

Program ini telah berjaya mengumpul wang mencecah RM 12,000 dan 110 hamper. Wang tersebut termasuk sumbangan daripada Muslim Aid sebanyak RM2000.00 hasil usaha Tuan Haji Rafie Omar, selain sumbangan daripada rakan-rakan exMOZAC. Hamper sebanyak 110 buah pula disumbangkan oleh seorang dermawan, hasil usaha Sdr Faris Umar. Saya bagi pihak Persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberikan sumbangan. Persatuan juga akan menyampaikan sumbangan duit raya ini kepada anak-anak arwah bekas pelajar yang tidak hadir pada majlis ini.

Harap usaha murni akan kita teruskan dari semasa ke semasa.


(Slaid gambar program ini saya akan masukkan di dalam blog ini dalam masa terdekat ini)

Friday, August 28, 2009

Takziah kepada Rosmonai Dolah

Warga exMOZAC SPM 1980 mengucapkan takziah kepada Rosmonai Dolah dan keluarga atas pemergian anak lelakinya (18 tahun, menuntut di UTEM) ke rahmatullah pada tengah hari Jumaat (7 Ramadan/28 Ogos 2009) akibat kemalangan.

Semoga Rosmonai dan keluarga tabah menempuh dugaan Allah.

Didoakan roh Allahyarham anaknya ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. SEMOGA AMALAN DI BULAN MULIA INI DIREDAI ALLAH swt.

Saturday, August 15, 2009

Seminar Hala Tuju SBP




15 Ogos 2009, Prof Madya Dr Ahmad Salihin, Tn Haji Rafie Omar dan saya telah mewakili Persatuan Bekas Pelajar SMS Muzafar Syah Melaka menghadiri "Seminar Hala Tuju SBP". Memandangkan seminar ini di KL, maka YDP cadangkan kami bertiga hadir majlis ini. Seminar anjuran Persatuan Murid-murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kursiah ini diadakan di Universiti Malaya, Kampus Kota, Jalan Tun Ismail, KL. Objektif utama seminar ini diadakan adalah atas dorongan bagi menjamin masa depan SBP terutama dari segi kecemerlangan dan statusnya.

Kecemerlangan bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga kecemerlangan dalam sukan dan juga kecemerlangan bekas pelajar menjadi pemimpin negara dan juga memegang jawatan utama sama ada dalam sektor kerajaan ataupun korporat. Pokok utama yang menjadi kebimbangan ialah penstrukturan semula Kementerian Pelajaran yang telah menggabungkan Unit SBP dengan Sekolah Kluster. Dengan ini ada pihak berpendapat bahawa Kementerian tidak memberikan tumpuan khusus kepada SBP (daripada pemahaman saya).

Tokoh-tokoh yang dijemput membentangkan kertas kerja memang di kalangan mereka yang berwibawa. Saranan dan pandangan yang diberikan memang bernas dan ada benarnya. Ceramah dan sesi dialog yang diadakan amat bermanfaat. Malah ada beberapa pandangan yang diberikan boleh kita, sebagai bekas pelajar, cadangkan untuk dilaksanakan terus di peringkat MOZAC dengan kerjasama bekas pelajar untuk memartabatkan SBP supaya menjadi sekolah yang elit..paling tidak di Melaka. Cadangan-cadangan yang melibatkan dasar, itu perlulah diputuskan oleh pihak Kementerian.

Razali

Tuesday, August 4, 2009

Takziah buat Adlina Sulaiman

Saya baru mendapat berita bahawa ibu kepada Adlina Sulaiman telah kembali kerahmatullah pada 5 Julai 2009 yang lalu. Takziah diucapkan kepada Adlina.

Semoga roh Allayarhamah dirahmati Allah dan ditempat orang-orang yang beriman.

Alfatihah

Amin

Saturday, July 25, 2009

Sembang2 Jumaat Malam di Restoran Mahboob







Sepertimana di uar-uarkan, beberapa bekas exMozac telah bersama-sama di Restoran Mahboob Bangsar sehingga jam 1.15 pagi. 6 orang bekas pelajar yang hadir....4 orang daripada batch kita, saya (Razali), Haji Rafie, Prof Dr Ahmad Salihin Hj Baba dan Azaharuddin Kassim. Dua orang lagi junior kita iaitu Hasni (SPM 81) dan Sdr Johari (Batch 87).

Salah satu perkara yang disembangkan ialah tentang projek Koperasi Bekas Pelajar MOZAC. Pada masa ini PM Dr Ahmad Salihin mengusahakan sendiri perusahaan sabun susu kambing (handmade face and body goatmilk soap) yang diberikan jenama SUSUS. Setakat ini sambutan memang menggalakkan dan ada individu yang telah menempah dalam bilangan yang banyak untuk dipromosikan. Oleh itu ada baiknya kita ambil peluang ini untuk menjadikan produk Dr Ahmad Salihin sebagai salah satu projek koperasi. Ini juga dapat membantu Dr Ahmad Salihin mengeluarkan produknya dalam bilangan yang mencukupi untuk pasaran.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menjadi hali koperasi, bolehlah dapatkan borang daripada saya.

Saya, Haji Rafie dan Azaharuddin pun bercadang ke rumah Dr Ahmad Salihin untuk mengetahui lebih lanjut produk ini, tentunya bersama isteri masing-masing. Saya dan isteri, serta Haji Rafie dan isteri memang telah ke rumah Dr Ahmad Salihin .....dan memang pelanggan produk tersebut. Kawan-kawan yang lain pun boleh datang bersama....bila dah confirm tarikh, saya akan maklumkan kepada semua. Kepada kawan-kawan yang ingin mendapatkan produk ini pada masa sekarang, bolehlah menghubungi Dr Ahmad Salihin atau pun emel. (Boleh rujuk nombor telefon yang telah saya edarkan sebelum ini.)

Selain itu, dalam sembang-sembang semalam juga, kita telah berjaya memungut sejmulah duit untuk didermakan kepada anak-anak yatim dalam program Berbuka Puasa di rumah anak yatim d Melaka nanti. Tentang sumbangan ini juga, kalau sesiapa yang berhajat, bolehlah menghulurkan sumbangan kepada persatuan. Setiap tahun Persatuan memang menghulurkan sumbangan wang ringgit kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa persatuan di rumah anak yatim, selalunya di Melaka. Selain sumbangan kepada anak yatim di rumah anak yatim tersebut, kita juga memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim bekas pelajar.

Sekian

Razali Malik

Thursday, July 23, 2009

Sumbangan Persatuan Bekas Pelajar MOZAC kpd Sdr Joe




Pada 16 Julai 2009, Persatuan Bekas Pelajar MOZAC yang diketuai oleh YDP, Sdr Ali Kasmin telah menziarahi Johari Hassan yang kemusnahan rumahnya apabila dijilat api. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan pakaian telah disampaikan kepada Joe.

Permohonan Joe untuk pembinaan rumah PPRT telah pun diluluskan, begitu juga dengan nenek di sebelah rumahnya yang juga kehilangan rumah dalam kebakaran tersebut. Usaha pembinaan sedang dijalankan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sumbangan dari segi wang, fizikal dan juga moral kepada Joe.

Semoga Joe dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Sekian

Saturday, July 11, 2009

Sembang-sembang ExMozac pada 10 Julai 2009



Kawan-kawan, selalunya hari Jumaat malam (bukan malam Jumaat) diadakan perjumpaan atau sembang-sembang di kalangan bekas pelajar Mozac. Pertemuan ini memang tidak kira Batch, sesiapa saja boleh datang, sembang-sembang dan bertukar pandangan. Pada masa ini jugalah kita dapat berkenalan dengan junior yang memang kita tak pernah jumpa semasa di sekolah. Sebagai contoh, dalam pertemuan di Bandar Baru Bangi bulan lepas, saya berjumpa adik Lokman Ghani, yang juga bekas pelajar Mozac. Pada malam semalam pula, salah seorangyang hadir ialah anak buah Rosmonai Dolah yang juga bekas pelajar Mozac iaitu Sdr Rizal...dia ni memang dikira ahli tetap pertemuan. Lokasinya berbeza dan pertemuannya bukanlah setiap minggu. Sebagai contoh, dua minggu lepas diadakan pertemuan di Ampang, dan antara yang hadir ialah Datuk Dr Maamur Osman, yang kini aktif dengan Persatuan Pengguna Islam. Setakat ini tempat yang selalu diadakan pertemuan ialah di Ampang dan Bandar Baru Bangi. Ada rancangan nak diadakan di kawasan Petaling Jaya atau Damansara pada masa akan datang.

Malam semalam diadakan pertemuan di BB Bangi. Saya sms kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran BB Bangi. Alhamdulillah, pertemuan malam tadi, Batch kita yang paling ramai hadir, Rafie, Zainurin, Keegan, Khairudin Zainal dan saya - 5 orang kira paling ramai le drp 11 yg hadir malam tadi. Zazilah ada urusan dan Roslan Osman pula, isterinya baru bersalin. Memang berharap Roslan dapat hadir sebab sejak lepas sekolah tidak pernah jumpa dia, dan nak ambil gambarnya untuk dimasukkan di dalam blog ini. Rafie dan saya bolehlah dikira ahli tetap. Walapun sembang-sembang ada juga beberapa perkara yang dibincangkan - kadangkala tentang kerja kita dan juga bertukar pandangan. Di sini juga kita dapat membina jaringan (network).

Dalam pertemuan akan datang, mungkin saya boleh uar-uarkan melalui emel. Jadi sesiapa yang kelapangan bolehlah datang, tak kira kat mana pun berada. Dipaparkan beberapa keping gambar pertemuan malam tadi.


Razali

Friday, July 3, 2009

Takziah kpd Johari Hasan



Rumah Sdr Johari Hassan di Jasin Melaka telah hangus dijilat api pagi semalam (2 Julai 2009). Beliau dan keluarga kini tinggal sehelai sepinggang. (berita ada di dalam Berita Metro semalam).
Warga ExMozac mengucapkan takziah kepada Sdr Johari atas ujian yang dhadapinya.
Semoga Sdr Johari dan keluarga tabah.
Sumbangan derma kpd Sdr Johari sedang
diusahakan. Sdr yang berada di Melaka atau ke Melaka boleh terus berjumpa dgn beliau (016-6363352).

Wednesday, July 1, 2009

Jom Join Koperasi ExMozac Bhd

Kawan-kawan sekalian,
Persatuan Bekas Pelajar MOZAC telah pun menubuhkan Koperasi Bekas Pelajar MOZAC Bhd. Mesyuarat pertama Lembaga Penasihat Koperasi telah pun diadakan pada 28 Jun 2009 yang lalu di Rumah Persatuan Bekas Pelajar MOZAC.

Rakan-rakan bekas pelajar dialu-alukan menjadi ahli Koperasi ExMozac. Yuran masuk ialah RM 50.00, namun perlu menjadi ahli Persatuan Bekas Pelajar terlebih dahulu. Borang ahli boleh diperoleh daripada saya, sila emel kepada saya razalimalik@yahoo.com untuk mendapatkan borang ahli. Batch kita yang telah menjadi ahli koperasi (mendaftar semasa mesyuarat AGM Persatuan Bekas Pelajar bulan Mac yang lalu) ialah:
1. Abdul Razak Mohd Yassin
2. Abdul Shukor Hassan
3. Dr Ahmad Salihin Hj Baba
4. Haji Azahari Hussain
5. Azizi Hashim
6. Azman Abdul Raoh
7. Haji Rafie Omar
8. Razali Ab Malik
9. Suhailah Ibrahim

Sila layari blog Koperasi di http://koopexmozac.blogspot.com untuk mendapatkan aklumat lanjut tentang koperasi.

Penyertaan daripada sahabat-sahabat amat dialu-alukan.



Majlis MOZAC 35 TAHUN 1 Mei 2011

Majlis MOZAC 35 TAHUN 1 Mei 2011 Siri 2

Majlis ExMOZAC bersama Bekas Guru MOZAC 15 Mei 2010

Majlis ExMOZAC bersama Bekas Guru MOZAC 15 Mei 2010
Sila klik pada gambar di atas untuk melihat gambar yang lain

Nostalgia: 1976 - 1980

Gambar Reunion 3 Mei 2008

Gambar Reunion 3 Mei 2008
Klik pada gambar di atas untuk gambar yang lain

Bekas Pelajar SPM 1980 (119 org sehingga 1 Mac 2014)

  • A. Lokman A. Ghani (Shah Alam. lokman.arsb@gmail.com)
  • Abdul Ghani Che Mat (Johor Port. aghani@johorport.com.my)
  • Abdul Kader Abdullah (Telekom. kader@tm.com.my)
  • Abdul Latif Ahmad (Bandar Tasik Selatan, KL)
  • Abdul Malek Talib (Johor Land. malek@dasb.com.my)
  • Abdul Rahim Ahmad (aim16663@yahoo.com; rahimamd@mohe.gov.my; Putrajaya
  • Abdul Rahman Mohamad (arahmohd@tm.net.my)
  • Abdul Rashid Abdullah (JKR abrashid@jkr.gov.my)
  • Abdul Razak Ali ( arma63mlk@yahoo.com)
  • Abdul Razak Dolah (aqaros@hotmail.com)
  • Abdul Razak Mohd Yassin (Melaka. ryassin@)ap.ansell.com
  • Abdul Samad Anuar (JB. emel: titiemas@yahoo.com)
  • Abdul Shukur Hassan (TNB - shukur@tnb.com.my).
  • Adlina Sulaiman
  • Ahmad Bakhi Hamdan (ahmadbakhi@takaful-ikhlas.com.my)
  • Ahmad Md Ali (ahmadmdali@gmail.com)
  • Ahmad Salleh Kahar
  • Amran Wahid (Sg Siput, Perak. amran.wahid@simedarby.com)
  • Anita Sulaiman (anitasul@streamyx.com)
  • Anna Yap (annayap215@hotmail.com))
  • Anuar Abdul Rahman (anuarar@petronas.com.my)
  • Azahari Hussain (EON JB. azaharihussain@yahoo.com)
  • Azhari Majid (zhari63@yahoo.com. East Lansing, Michigan)
  • Azharudin Md Kassim (Prestigious Discovery S/B, Wangsa Maju. azx@viscon.com.my)
  • Azidah Hashim (azidah_hashim@yahoo.com)
  • Aziz Mohd Noor (Hospital Melaka.)
  • Azizi Hashim (Wisma Tani Putrajaya. azizie@msn.com)
  • Azman Abd Raoh (Menara Maybank KL)
  • Azmi Hasim (Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Taboh Naning, Alor Gajah Melaka. azmi@adtecmlk.gov.my)
  • Badariah Hassan (Sinar Fahana, badariahalya@yahoo.com)
  • Baharudin Baba (Kedah. baharuddin@moh.gov.my
  • Baidah Bujal (SMK Padang Temu)
  • Balan Angamuthu (Mitra Tours & travel, KL. balan8076@yahoo.com)
  • Barlak (Melaka; barlakt76@hotmail.com)
  • Basiron Jalil, (Petronas - bbjuht@yahoo.com)
  • Busari Jabar (Rumah di Melaka. Petronas. busari_jabar@petronas.com.my)
  • Dahlan Daud (S'pore. dahlan_daud@yahoo.com.sg )
  • Datuk Dr Rohan Malek (Urologi - Hospital Selayang.)
  • Daud Ibrahim (Melaka. Teras World Melaka. daud_san@yahoo.com.my)
  • Dr Abdullah Samat. Pensyarah Kanan UKM. nature@pkrisc.cc.ukm.my
  • Dr Ahmad Salihin Hj Baba (UM. asb0308@yahoo.com)
  • Dr Ismail Jantan (Klinik Ismail dan Surgeri, 1684, Kuala Sg Baru)
  • Dr Korina Rahmat (Pakar Buah Pinggang, Hospital Melaka)
  • Dr Lee Soon Heng (Klinik di Banting. lee63@tm.net.my)
  • Dr Liu Chian Ming (cmliu@hotmail.com)
  • Dr Low Chien Fann (Klinik di KL. chienfann@yahoo.com)
  • Dr Mazalan Kamis (mazalan.kamis@gmail.com)
  • Dr Sabirin Jaafar (sabirin_fairuz@yahoo.co.uk)
  • Fatimah Kasin (Sg Petani. fatimahkasin@yahoo.com)
  • Halimatussaadiah Salleh(halimatussaadiahs@gmail.com. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka)
  • Hanim Kamari (Cheras, Kuala Lumpur. hanim_kamari@rocketmail.com)
  • Hasbullah Ibrahim (Melaka)
  • Haslinda Osman (Public Bank HQ Jln Ampang, haslinda@publicbank.com.my)
  • Hishamuddin Ibrahim (Wisma Putra. hishamib@kln.gov.my)
  • Ismail Kamis (Jabatan Matematik UTM, ik@mel.fs.utm.my)
  • Jamaliah Nor Abdul Rahman (jnor_rahman@yahoo.com)
  • Jeniffer Chong (jennifer.chong@infineon.com)
  • Johari Hassan (logicraft@lycos.com)
  • Joseph Chua (Deputy General Manager, Genting Entertainment,11th Floor Wisma Genting, Jln Sultan Ismail, 50250 KL. joseph.wenghung.chua@genting.com
  • Juliana Mohd Jali (Shah Alam. julianajali@gmail.com)
  • Kamaruzaman Abdol Rahim (Perbadanan Putajaya, kamaru@ppj.gov.my)
  • Khairuddin Othman
  • Khairuddin Zainal Abidin (hitachi, Bangi. khairudin.za@gmail.com)
  • Laili Nordin (Melaka)
  • Lee Chong Fong (Singapura. leechfong@yahoo.com.sg)
  • Lim Chee Ming (cm.lim@medisenseasia.com)
  • Mahadi Junid (Kuala Lipis)
  • Mat Tompang (Melaka)
  • Mazlan Dewa (mazlan.dewa@bakerhughes.com)
  • Mazlan Mohd Thani (mazlanmohdtani@yahoo.com. Lembaga Pertubuhan Peladang, Kluang)
  • Mohammad bin Mohd Yusof (mohamay@petronas.com.my))
  • Mohd Fadzilah Saleh (Universiti Utara Malaysia. mofas@uum.edu.my)
  • Mohd Isa Ibrahim (KBS PPinang. mdisa@kbs.gov.my
  • Mohd Suboh Yunos (Maybank KL. msy@maybank.com.my)
  • Mohd Zin Jantan (TM Kelana Jaya; mzin@tm.com.my)
  • Mohd Zulastri Mohd Amin (PLUS. zulastri@plus.uemnet.com)
  • Muhd Zazilah Mat Razuky(zazilah63@gmail.com)
  • Musa Kassim
  • Narziah Abd Rahim
  • Nasiruddin Kamaruddin (KL. Nasiruddin.Kamaruddin@sc.com)
  • Noorakmal Wahid (Felcra Bhd Kuala Medang, 27650 Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang)
  • Noorazman Mohd Yusoff (yusof_azman@yahoo.com)
  • Noorhayati Hamzah (Polisas, Kuantan. hayatihamzah@yahoo.com)
  • Nooridzam Yaakob (KL.noridzam@gmail.com)
  • Noraziah Abdul Wahid (Melaka. azie_wahid@yahoo.com)
  • Norazmawati Bachik
  • Norhaliza Yunos (Putrajaya. liza21082000@yahoo.com. )
  • Norriah Abdul Rahman (Melaka)
  • Noryati Che Man (cheman_noryati@yahoo.com)
  • Norzlan Md Ali (UMG Corporate Consultants Tasik Utama Ayer Keroh. norzlan@umg.com.my)
  • Nubli Hashim (nublihashim@msn.com)
  • Nur Haniza Abdul Hamid (Tampin)
  • Rafie Omar (Amanah Raya KL. rafie@arb.com.my)
  • Razali Ab. Malik (Segambut. razalimalik@yahoo.com)
  • Roshdan Md Diah (LHDN Muar)
  • Rosilah Said (TTDI Shah Alam. rosilahms@gmail.com)
  • Roslan Othman (MINDEF. lanapai@yahoo.com.my)
  • Rosli Abdullah (Sime Darby Shah Alam. rosli.abdullah@simedarby.com)
  • Rosmonai Dollah (Guru di SMK Rahmat, Kuala Sg Baru)
  • Rozali Said (Agensi Maritim)
  • Rozilah Salleh (Palace of Justice Putrajaya. rozilah@kehakiman.gov.my)
  • Rusmi Alias (Pensyarah UiTM Shah Alam. rusmi@salam.uitm.edu.my)
  • Saharuddin Shaari (saharuddin_shaari@yahoo.com atau saharuddin.pjv@epmb.com.my)
  • Salehuddin Omar (Melaka. hodomar@gmail.com)
  • Samsulaiman Abdul Rahman ( Sek Tinggi Melaka)
  • Shaari Md Sani (Melaka.shaarimohdsani@yahoo.com)
  • Shahrom M. Nor (Klang.email: shahrom.armeats@gmail.com
  • Shamsiah Mohd Jani (SMKA Sultan Muhammad, Bt Berendam Melaka.)
  • Shuraiya Hj. Abdullah (MAS Kelana Jaya. shue_zac@yahoo.com)
  • Sohaime Abdullah (KL. Petronas. sohaime@petronas.com.my)
  • Suhaila Ibrahim (ssrkb63@tm.net.my))
  • Sulaiman Hassan (solo2002my@yahoo.com. Kolej Tunku Jaafar)
  • Syed Ridzuan (KL. syridzuan@yahoo.com)
  • Yusli Mohamad (Klang. yusli_mohamed@yahoo.com)
  • Zainurin Arifin (UKM Bangi. imarez_63@yahoo.com)
  • Zamrah Bongsu (Inst Perguruan Melewar Seremban. umairah_qurratuain@yahoo.com.my)
  • Zarina Mustaffa
  • Zulkifli Jamaluddin (Shah Alam. zbj542@streamyx.com)
  • Zulkifli Wahab - ZULWA (Penang. zulkipli.wahab@opusbhd.uemnet.com)
  • Zurinah Ahmad Tarmizi (zurinah@mepscash.com)
  • Zz Arwah Wan Ahmad Zailani (Al Fatihah)
  • Zz Arwah Zainul Baharin Baharom (Al-fatihah)
  • Zz Arwah Zawawi Wahid (Al Fatihah)

BEKAS PELAJAR YANG MASIH BELUM DAPAT DIHUBUNGI (8 org)

  • Fauziah Ramli
  • Hassan Abdul Latif
  • Mohd Shah Zainal
  • Norliah Bachik
  • Ramli Hassan
  • Ramli Mohd Ali
  • Rosyati Hanifa
  • Sharipah Kassim

Pertama kali Ragbi Johan Melaka 81-masa ni Razali dan Lan Dewa dlm Matrikulasi

Pengakap camping Pulau Besauuu. Paling kiri - Yusli & Shahrom. Juga ada arwah Zainul, Shaari, Azahari Hussien dan Lim Chee Ming

Bad Co relaks je, boleh cekak pinggang lagi

Masa ni, Yusli masih malu bergambar! Tunduk jee

13thn + 31 thn lalu = 44 dah kita

32 tahun lalu