Sepertimana yang telah diwar-warkan melalui emel sebelum ini, InsyaAllah kita akan membuat family trip dan pertemuan Hari Raya tahun ini di Johor Bahru. Kawan-kawan kita di JB dan Singapura telah pun menyatakan persetujuan dan mengalu-alukan kedatangan kita. Tarikh yang dicadangkan ialan 16 hingga 18 Oktober 2009. jadi, bolehlah masukkan dalam diari awal-awal lagi.
Secara tentatif, perjalanan program tersebut ialah seperti berikut:
16 Oktober 2009 : Bertolak dari destinasi masing-masing ke JB.
17 Oktober 2009 : Tour ke Singapura.
Balik ke JB (petang or malam)
18 Oktober 2009 : Jalan-jalan di JB
Bertolak balik ke destinasi masing-masing
Dalam program ini kita akan bermalam di JB.
Sekiranya bilangan kita mencukupi (termasuk ahli keluarga), bas akan disewa utk tujuan tour di Singapura. Jika tidak ramai kita akan naik perkhidmatan bas harian ke Singapura. Ini sahaja untuk makluman awal.
Untuk makluman awal juga, tahun ini juga exMozac akan mengadakan Reunion Dinner ExMozac 2009. Program ini sepatutnya program tahunan dan organiser bagi program ini ialah mana-mana Batch yang menyambut ulang tahun ke-20 selepas SPM. Oleh itu tahun ini Batch yang akan menjadi organiser bagi dinner ini ialah Batch SPM 1989. InsyaAllah Batch SPM 1989 sedang usahakan. Tarikh tentatif ialah 5 Disember 2009 (Sabtu). Saya difahamkan Batch SPM 1989 bermesyuarat pada hari ini untuk membincangkan tentang dinner ini. Jadinya, bolehlah masukkan dalam diari kita juga tentang dinner ini. Maklumat lanjut tentang program ini saya akan maklumkan kemudian.
Di bawah ialah gambar semasa Reunion Dinner Mozac 2006
Sekian.
No comments:
Post a Comment