Sepertimana yang saya maklumkan sebelum ini, saya,Rafie, Dr Ahmad Salihin dan NIBY pi makan kari kepala ikan di Bangsar selepas solat Jumaat pada 1 Mei 2009. Tarikh ini merupakan ulang tahun ke-33 tahun kita masuk ke Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka). Pada tarikh ini juga sekolah ini menerima pelajarnya yang pertama, setelah kita menumpang di Sekolah Men Munsyi Abdullah Batu Berendam selama 4 bulan.
Berikut dipaparkan gambar di warung kari kepala ikan di Bangsar. Maaflah, masa gambar ini diambil, makanannya dah habis. Si kecil comel tu, anak Rafie.



No comments:
Post a Comment