Di kalangan batch kita, Batch SPM 80, seramai 20 org hadir..kira paling ramai. Yg tak dtg pun ada yang beri sumbangan. Kalau nak tahu siapa yang hadir, lihatlah gamabr di atas. Tq Kepada semua. Yang paling terharu Zainurin dan Halimah hadir. Kedua-duanya memang dah lama tak jumpa. Zainurin walaupun busy, namun ambil usaha juga utk datang. Halimah pula, memang dah berpuluh tahun tak jumpa. Tq Nurin dan Halimah. Terima kasih juga kepada Hajah Shuraiya, atas usahanya mendapatkan Halimah dan Noryati Cheman untuk hadir.
Ramai juga yang telah memberikan sumbangan. Walaupun bayaran minimum RM20.00 namun ramai juga yang memberikan sumbangan sebanyak RM 50 dan RM 100. Oleh itu, setelah dibayar kepada pihak Restoran, duit baki masih ada. Duit baki tersebut akan digunakan untuk keperluan Rumah Persatuan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan sumbangan. Ada juga yang tidak hadir, namun tetap memberikan sumbangan duit.
Saya bagi pihak penganjur juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada majlis berkenaan. Juga kepada guru-guru yang tidak dapat dihubungi keseluruhannya. Dalam masa dua minggu ini kami berusaha mendapatkan no telefon bekas-bekas guru. Namun kami lakukan setakat yang termampu. InsyaAllah pada tahun hadapan, jika ada lagi majlis seumpama ini, kita akan cuba sedaya upaya mendapatkan lebih ramai guru.
Kepada rakan-rakan seperti Rafie, Ali Kasmin, Faris Umar dan juga Adlina serta rakan-rakan yang telah bekerja keras menjayakan program ini, terima kasih banyak-banyak atas sumbangan tenaga dan masa bagi menjayakan program ini.
Semoga Persatuan kita akan terus berkembang dan menempah kejayaan. Sebagai tatapan saya paparkan gambar bekas cikgu kita. Saya ada email gambar ini kepada sahabat-sahabat. Gambar ini Cikgu Mohamad Abu yang email kepada saya.

No comments:
Post a Comment